Berita
Lihat Apa Kapten Sriwijaya Air Lakukan Sebelum Pesawat Terhempas
Suaminya tergesa-gesa ke tempat kerja tanpa bajunya digosok.
Tahun ini genap tujuh tahun pesawat Malaysia Airlines, penerbangan MH370 hilang daripada imbasan radar semasa dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, China.
Kini timbul pula dengan kes pesawat, Sriwijaya Air Indonesia terhempas selepas terputus hubungan ketika dalam penerbangan dari Jakarta ke Pontianak pada Sabtu lalu di sekitar Pulau Laki.
Sehingga hari ini misi mencari kesemua mayat dan barang mayat mangsa masih lagi diteruskan.
Sumber: tribun
Apa yang menarik perhatian kami lagi apabila sebuah posting membongkar keadaan dan tindakan juruterbang pesawat tersebut, Kapten Afwan sebelum tragedi ngeri berlaku.
Menurut sumber, beliau sempat memberi pesanan terakhir kepada sahabatnya supaya jangan lupa menunaikan solat subuh dan sering menyarung kopiah putih sebelum memulakan penerbangan.
Semalam isterinya ada bercerita bahawa ini adalah kali pertama dalam masa 15 tahun bekas suaminya tergesa-gesa ke tempat kerja tanpa bajunya digosok dan sebelum itu, Kapten Afwan juga sempat meminta maaf kepada isterinya.
Semoga kesemua serpihan mayat mangsa penumpang pesawat Sriwijaya Air ditemui dan roh mereka ditempatkan bersama orang beriman.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Tiada rakyat Malaysia dalam pesawat Sriwijaya Air yang terhempas
Pesawat disyaki terhempas membawa 62 penumpang dan anak kapal
Sumber: jpnn.com