Connect with us
Kool FM

Berita

Lepas Kahwin, Gadis Ini Maut Kerana Terlalu Banyak Menangis

“Dia gadis yang baik tapi nampak tertekan selepas kehilangan bapanya. Selepas berkahwin, dia tidak henti-henti menangis kerana perlu keluar dari rumah untuk tinggal bersama keluarga mentua,” katanya.

Published

on

Kejadian yang sangat jarang berlaku apabila seorang pengantin perempuan Gupteswari dari India maut selepas saja selesai melangsungkan perkahwinannya bersama suaminya, Bisikesan Pradhan, pemuda dari Bolangir.

Hindustan Times melaporkan insiden itu berlaku pada Jumaat lalu ketika keluarga Gupteswari bersiap sedia untuk menghantar wanita itu berpindah ke rumah mentua.

Newlywed Bride Succumbs To Heart Attack During 'Bidaai' In Odisha's Sonepur | OTV News

Selepas saja dia pengsan secara tiba-tiba, Gupteswari terus dikejarkan ke Pusat Kesihatan Komuniti Dunguripallu (CHC), malangnya doktor mengesahkan wanita itu sudah meninggal dunia.

Menurut penduduk kampung, Ramesh Sahu memberitahu Gupteswari mengalami tekanan sejak pemergian bapanya beberapa bulan lalu. Malah, ibu kandung dan bapanya yang mengatur majlis perkahwinannya ini.

“Dia gadis yang baik tapi nampak tertekan selepas kehilangan bapanya. Selepas berkahwin, dia tidak henti-henti menangis kerana perlu keluar dari rumah untuk tinggal bersama keluarga mentua,” katanya.

Odisha Bride Dies After Suffering From Cardiac Arrest Due to Excessive Crying in Her Bidaai

Bagaimanapun, doktor di CHC memberitahu serangan jantung boleh berlaku disebabkan tekanan emosi sehingga mengganggu fungsi jantung untuk mengepam darah dengan efektif.

Semoga kita semua terhindar dari segala tekanan emosi sehingga memudaratkan diri.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Hari Mulia Israk Mikraj Merupakan Ulang 15 Tahun Perkahwinan Tokti

Puisi Dengan #IbuTidakRestu, Tanda Perkahwinan Hannah Delisha Tidak Direstui?

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement