Connect with us
Kool FM

Berita

Lelaki Kurung Diri Dalam Rumah Selepas Lempar Kotak Berisi Kepala Manusia

Kepala manusia tersebut dipercayai kepunyaan salah seorang gelandangan yang bermalam di situ.

Published

on

Semakin aneh kes pembunuhan yang terjadi di dunia. Awal minggu ini, seorang lelaki ditahan oleh pihak polis selepas menemui kepala manusia dalam kotak kadbod yang telah dilemparkan dari tingkap sebuah unit flat. Kepala manusia tersebut dipercayai kepunyaan salah seorang gelandangan yang bermalam di situ.

Menurut laporan, seorang sumber polis bagaimanapun menolak penemuan mengerikan di Toulon, sebuah bandar di selatan Perancis itu, ada kaitan dengan serangan pengganas dan ia mungkin berpunca dari pergaduhan. Difahamkan, saksi kejadian melihat kotak kadbod itu terjatuh daripada tingkat atas sebuah flat di kawasan berhampiran pelabuhan, jam 2.30 petang.

Susulan itu, beberapa orang anggota polis ke lokasi kejadian dan melihat seorang lelaki di tingkap dengan darah di tangannya. Lelaki itu pada mulanya mengurung dirinya di dalam unit flat itu, namun dia ditangkap selepas polis memecahkan pintu rumah suspek.

Tiada pegawai polis cedera dalam operasi itu dan lelaki ditahan juga tidak mengalami kecederaan. Tambahan, pihak polis di bandar itu juga pernah meleraikan satu pergaduhan di flat berkenaan berkenaan pada malam sebelumnya dan ketika pergaduhan itu, hanya mangsa dan suspek berada di dalam unit flat berkenaan.

Pihak polis juga berkongsi mereka masih lagi menyiasat punca dan motif pembunuhan tersebut.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Forum Atas Talian Ini Didakwa Jadikan Kemurungan Dan Bunuh Diri Sebagai Bahan Gurauan

Kejam! Bapa Bunuh Anak 4 Tahun Kerana Kencing Luar Mangkuk Tandas

 

 

 

 

Sumber: TheLocal

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement