Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Lelaki Ini Berbelanja Tanpa Guna Duit Selama 36 Tahun!

Published

on

Keperluan asas dalam kehidupan mengikut hierarki adalah rumah, makan, udara dan air. Namun untuk dapatkan makan dan tempat tinggal pastinya memerlukan duit.

Apa yang menjadi perhatian kami adalah seorang lelaki dari Jepun berusia 71 tahun mampu meneruskan hidupnya tanpa menggunakan wang tunai sejak 36 tahun lalu.

World of Buzz melaporkan, Kiriya Hiroshi, melakukannya dengan cara membuat pelaburan saham di ratusan syarikat sejak berusia 35 tahun.

Untuk pengetahuan anda, di pasaran saham Jepun, terdapat sistem yang membolehkan pelabur menerima baucar sebagai ganjaran hasil pelaburan dibuat.

Jadi, dia hanya mengumpul baucar yang diperoleh itu untuk membeli pelbagai keperluan seperti beras, minyak, pakaian, kasut atau makan di restoran.

Dompetnya juga tidak diisi dengan wang tunai sebaliknya berisi baucar terkumpul yang diterimanya dan apa yang membuatkan dia lebih berjimat apabila hanya menggunakan basikal untuk bergerak ke sesuatu tempat.

Dalam pada masa juga, Kiriya menyewakan beberapa bilik di rumahnya kepada penyewa bagi menambah pendapatan dan sebagai langkah penjimatan.

Hasil daripada itu, dia berjaya membeli tiga rumah diidamkan dan sehingga kini, nilai sahamnya mencecah 300 juta Yen (kira-kira RM1.2 juta). Semuanya adalah hasil pelaburannya di 900 syarikat yang memberi baucar lumayan setiap tahun.

Jom la kita kumpul baucer, mana tahu kan, kot boleh jadi jutawan!

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Guna Duit Gaji Yang Diterima Beli Makanan Kucing, Pak Guard OKU Ini Raih Simpati Warganet

Status Duit Baki Minyak Petrol Yang Tidak Dituntut

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement