Connect with us
Kool FM

Berita

Lelaki Ditahan Rogol Budak 11 Tahun Sebelum Lari Bersama Budak 9 Tahun

Manusia bertopengkan binatang!

Published

on

Zaman sekarang ni, bahaya kalau dibiarkan anak seorangan tanpa pemantauan orang dewasa.

Kejadian kejam berlaku melibatkan budak perempuan berusia 11 dan 9 tahun. Seorang lelaki didakwa merogol seorang budak perempuan berusia 11 tahun sehingga hamil sebelum dipercayai menculik  seorang lagi budak perempuan berusia 9 tahun untuk dibawa lari bersama.

Kejadian ini telah mengejutkan tiga wilayah di Amerika Syarikat (AS) dan menggesa beberapa agensi bekerjasama untuk menjejaki suspek bernama Mynor Leonel Jeronimo-Velasquez, 31.

Pihak polis mempercayai suspek telah merogol mangsa di Tennessee sebelum melarikan diri ke Florida.

Selepas itu, suspek telah dilihat berada di Stuart, Florida bersama seorang kanak-kanak perempuan lain berusia 9 tahun.

Mugshot Mynor Leonel Jeronimo-Velasquez, 31, arrested on two charges of child rape

Kanak-kanak tersebut dilaporkan hilang dari Tennessee diselamatkan pihak polis dan dikembalikan kepada keluarganya.

Ketika pihak polis melawat kanak-kanak tersebut di rumah, mereka telah dapati kanak-kanak tersebut sedang mengandung 8 bulan.

Suspek dipercayai ditahan atas dua kesalahan iaitu merogol kanak-kanak bawah 13 tahun dan juga telah menyebabkan mangsa hamil.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Lari Rumah Gara-Gara 10 Bulan Dirogol Bapa Kandung

Hilang Sifat Manusia! Anak Ditetak Mati Selamatkan Ibu Yang Dirogol

 

 

 

 

Sumber: Daily Star

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement