Connect with us
Kool FM

Berita

Lelaki Bangsa China Menang Pertandingan Seni Tulisan Khat

Sebanyak empat helai kertas seni khat dihasilkan

Published

on

Tulisan jawi semakin dilupakan dari tahun ke tahun. Buktinya tak ramai generasi milennial mahir membaca tulisan ini.

Namun, berbeza dengan dengan seorang guru lelaki berbangsa Cina, Ong Ma Vin yang minat dengan seni tulisan khat dan jawi.

Kecederungan meminati tulisan khat dan jawi telah berjaya membuahkan hasil apabila guru Bahasa Inggeris di Bayan Lepas ini memenangi Anugerah Khas Pertandingan Seni Khat Tulisan Jawi Peringkat Kebangsaan, baru-baru ini.

Sehingga kini dia masih tidak menyangka memperoleh anugerah berkenaan memandangkan baru dua bulan mempraktikkan dalam penulisan khat dan mengenali huruf Jawi secara asas.

Katanya, dia mula meminati seni tulisan khat dan jawi sejak tahun lalu dan mahu mempelajarinya kerana merasakan ia sesuatu yang menarik.

Sumber: bh

“Saya menggunakan platform media sosial untuk belajar. Perlahan-lahan saya berlatih sehinggalah saya menemui mengenai pertandingan yang dianjurkan Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) Dengan Kerjasama Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM).

Apa yang mengejutkan pertandingan itu terbuka kepada semua yang mana bukan Islam juga boleh menyertainya lalu saya terus bertanyakan kepada seorang rakan guru Pendidikan Islam yang banyak membantu saya,” katanya ketika ditemui.

Ma Vin yang juga guru di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Teluk Kumbar berkata, rakan gurunya Irsaili Rafifi Ismail banyak membantunya dan mengajar mengenali tulisan jawi serta mempraktikan penulisan khat.

Sumber: bh

“Saya bersyukur hasil tunjuk ajar rakan, saya terpilih memenangi pertandingan itu. Selepas ini, Saya akan teruskan untuk lebih mengenali huruf Jawi bagi memudahkan menghasilkan seni khat selain menjadikan ia sebagai motivasi kepada semua untuk mempelajari perkara baru,” katanya.

Jelasnya, sebanyak empat helai kertas seni khat dihasilkan sebelum dipilih bersama rakannya itu untuk dihantar bagi menyertai pertandingan berkenaan.

Ma Vin menerima hadiah wang tunai dan dapat berbual melalui panggilan video bersama Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Seri Dr Zulkifli Mohamad Al-Bakri simbolik majlis penyerahan hadiah pertandingan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Cadang naik elaun guru agama kepada RM900

Lelaki Ini Berbelanja Tanpa Guna Duit Selama 36 Tahun!

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement