Connect with us
Kool FM

Berita

Leka Tonton Netflix Sehingga Menyebabkan Kematian Anak Yang Ditinggalkan Dalam Kereta

Sebagai ibu bapa kita janganlah cuai sampai macam ni…

Published

on

Kejadian cuai meninggalkan anak sendirian dalam kenderaan sehingga membawa maut bukanlah kes yang baharu. Ianya kerap juga berlaku termasuk di negara kita sendiri. Namun sepasang kekasih dari Australia ini didakwa telah menyebabkan kematian anaknya yang ditinggalkan di dalam kereta kerana terlalu leka menonton drama di Netflix. Kanak-kanak tersebut dilaporkan meninggal dunia kerana sesak nafas.

Menurut laporan, ibunya, Laura Black (37 tahun) dan teman lelakinya, Aaron Hill (29 tahun) dituduh gagal menyedari Rylee Rose Black yang berumur 3 tahun yang masih berada dalam kereta di luar rumah mereka di Townsville, Australia. Pada ketika itu dilaporkan suhu meningkat hingga 33 darjah Celsius ketika Rylee ditinggalkan selama beberapa jam di dalam kereta tersebut.

Kanak-kanak malang itu kemudian dikejarkan ke Hospital Universiti Townsville. Berdasarkan laporan awal, kenderaan mereka didakwa diletakkan di ruang parkir di jalan masuk sejak pukul 9 pagi. Rylee kemudian ditemui dalam keadaan tidak sedarkan diri di kerusi bayi yang diletakkan di tempat duduk belakang kenderaan milik pasangan itu.

Sempat Bertengkar Sebelum Kejadian, Sampai Lupa Pasal Anak…

Dikatakan ketika kejadian, Ibu kepada kanak-kanak itu dan teman lelaki baharunya bertengkar di jalan masuk luar rumah mereka selepas pulang dari menghantar tiga lagi anak perempuannya ke sekolah. Rylee pada ketika itu dikatakan terlelap di tempat duduk belakang. Pasangan itu kemudian masuk ke rumah dan menonton rancangan drama di Netflix dan terlupa mengenai Rylee yang masih berada dalam kereta.

Pasangan itu mendakwa mereka hanya menyedari Rylee masih berada dalam kereta apabila keluar semula untuk mengambil semula anak-anak mereka dari sekolah.  Tapi malangnya mereka sudah terlambat kerana Rylee sudah tidak sedarkan diri.

Kedua-dua pasangan tersebut kemudian ditahan polis semasa di hospital dan menghabiskan masa hujung minggu dalam lokap sebelum dibenarkan keluar dengan ikat jamin. Mereka bagaimanapun menyatakan insiden tersebut adalah tidak disengajakan. Selain adik beradik Rylee yang pasti merasai kehilangannya, Rylee turut meninggalkan bapa kandungnya yang dikenali dengan nama Pete. 

Baca juga artikel menarik lain:

Terima ‘Hukuman’ Makan Najis Kerana Mencabul Gadis Bawah Umur

Hukuman Gantung Tidak Cukup Sadis. Ini 5 Hukuman Mati Paling Kejam Dalam Sejarah

 

 

 

 

 

Sumber berita: Utusan Malaysia

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement