Connect with us
Kool FM

Berita

Tiada Lagi Masalah Beg Sekolah Berat, KPM lancarkan Aplikasi Buku Teks Digital

Jangan risau, boleh download free je!

Published

on

Sesi persekolah akan bermula tidak lama lagi. Walaupun kebanyakan pelajar tidak hadirkan diri ke sekolah namun meraka perlu hadiri kelas online bersama guru mereka. Kami ucapkan selamat kembali ke sekolah secara atas talian adik-adik! Mungkin situasi ini agak mencabar untuk ibu bapa memastikan anak-anak mereka mendapat pendidikan yang cukup dan lengkap, namun belajar secara atas talian buat masa ini adalah pilihan yang terbaik untuk mereka.

Tahun ini kita kurang rasainya kehangatan kembali ke sekolah, kisah anak-anak tahun 1 menangis tak mahu ke sekolah dan sebagainya. Namun pembelajaran akan tetap berjalan sepert biasa sebaliknya tahun ini lebih maju apabila Perbadanan Kota Buku (PKB), agensi yang bernaung di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM), berjaya membangunkan aplikasi ‘KPM eTextbook Reader’. Benar! Tiada lagi masalah beg sekolah berat!

Difahamkan aplikasi ini dicipta bertujuan untuk memudahkan para pelajar sekolah mendapatkan buku teks sekolah yang diperlukan mereka secara digital. Inisiatif ini bukan sahaja akan membantu pelajar malah ia juga dapat menyelamatkan alam!

Menurut laporan, KPM memaklumkan kehadiran aplikasi ini akan memberi akses kepada buku teks sekolah secara digital buat murid-murid yang akan memulakan sesi persekolahan khususnya di kawasan yang sedang melaksanakan PKP.

Tambah mereka lagi, aplikasi ini membolehkan murid mengakeses buku teks digital di mana-mana dan pada bila-bila masa dan sesuai untuk sesi Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) malah apa yang lebih menarik, aplikasi ini tidak memerlukan internet sekiranya aplikasi tersebut telah dimuat turun.

KPM turut memaklumkan yang pelajar juga boleh boleh mendapatkan buku teks digital yang diperlukan dengan memuat turunnya melalui portal DELIMa di lini : www.moe-dl.edu.my. Aplikasi ini KPM eTextbook Reader boleh dimuat turun secara percuma untuk semua pengguna telefon pintar.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Semua Sekolah Bakal Ditutup Mulai Esok, Peperiksaan SPM & STPM Pula Dipinda Ke Tahun 2021

Mira suntik semangat calon SPM

 

 

 

 

Sumber: Bernama

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement