Berita
Lagi Kes Kereta Masuk Lorong Motosikal!
Tindakan pemandu tersebut telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain.
Banyak kes kereta dipandu melawan arus disebabkan mabuk atau ingin lari dari sekatan jalan raya dan kejadian seperti ini sudah banyak tular di media sosial.
Video tular semalam pula menunjukkan sebuah kereta kelihatan berada di lorong motosikal dan ini bukan kali pertama kita lihat aksi bahaya ini.
Kejadian tersebut dikatakan berlaku di Express Highway Jelutong kira-kira jam 6.30 petang.
Tindakan pemandu tersebut telah membahayakan pengguna jalan raya yang lain terutama mereka yang menunggang motosikal.
Bagaimanapun, sumber tidak menyatakan sama ada pemandu tersebut tersalah masuk jalan atau ingin mengambil jalan mudah dengan mengelak kesesakkan lalu lintas untuk ke sesuatu destinasi.
Apa pun kita sebagai pengguna jalan raya, biarlah bersikap menghormati dan rasional ketika menunggang mahu pun memandu supaya tidak memudaratkan keselamatan diri sendiri dan orang lain.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Bukan Saja Geng Basikal, Geng Motosikal Pun ‘Monopoli’ Jalan Raya
Netizen Berang Masih Ada Kes Kematian Penunggang Motosikal Langgar Lubang Jalan Raya
Sumber: penangpress