Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Lagi Bank & Sekolah Ditutup Sebabkan COVID-19

Dalam pada masa sama juga, kakitangan bank diarah menjalani kuarantin selama 14 hari dan ujian swab.

Published

on

Sejak Mac lalu, semalam adalah kes baru tertinggi yang pernah Malaysia catatkan sepanjang dunia melalui musim wabak berbahaya ini.

Angka dilaporkan adalah sebanyak 691 kes dan in sudah cukup membuatkan seluruh warga Malaysia takut dan bimbang dengan keselamatan diri, orang terdekat dan keluarga.

Terbaru, sekolah di Petaling Jaya dan bank tempatan di Sungai Buloh diarahkan tutup serta-merta berkaitan dengan isu COVID-19.

Menurut satu ciapan twitter, Pengarah Pendidikan Selangor mengesahkan seorang guru Sekolah Menengah Kebangsaan Taman Sea, Petaling Jaya positif Covid-19 Guru itu kontak rapat kepada pesakit Covid-19 di Kelantan.

Guru itu telah menjalani kuarantin diri sendiri sejak 30 September lalu. Pejabat Kesihatan Daerah Petaling telah mengarahkan semua murid dari kelas 1C,2K, 2B & 21 juga beberapa orang guru untuk kuarantin di rumah sementara menunggu ujian swab,” jelas Redzuan menerusi laman akaun twitter miliknya.

Manakala, Agrobank cawangan Sungai Buloh salah seorang kakitangannya disahkan positif COVID-19. Justeru, bank ditutup serta-merta mulai hari ini sehingga dimaklumkan kelak.

Dalam pada masa sama juga, kakitangan bank diarah menjalani kuarantin selama 14 hari dan ujian swab.

Menakutkan kalau difikirkan semula. Bersyukurlah dengan nikmat yang ada. Paling penting, duduk rumah, keluar bila perlu dan ikutlah SOP yang telah ditetapkan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Berita Baik! Kerajaan Umum BPN 2.0

Bayi Berumur 1 Tahun Maut Akibat Covid-19, Malaysia Catat 691 Kes Positif Hari Ini

 

 

 

 

 

Sumber: twitter 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement