Connect with us
Kool FM

Berita

Kotor Teruk! Lihat Keadaan Kawasan Miskin Pulau Pinang

“Semua terpaksa berhimpit dalam lif…”

Published

on

Pulau Pinang sering dikaitkan dengan tempat makan dan kawasan yang menarik untuk bercuti. Pelbagai kaum dan makanan sedap boleh dinikmati di sana.

Lebih mengagumkan lagi, pada tahun 2016 sebuah majalah terkenal luar negara, Los Angeles Times memilih George Town sebagai salah satu bandar pilihan untuk pelancongan.

Sumber: cloudinary

Namun, siapa sangka di sebalik keindahan serta kemegahan bandar kecil Pulau Pinang ini terdapat satu kawasan flat yang terdapat di Perai dekat Pacific, yang kurang mendapat perhatian rakyat Malaysia.

Kawasan ini berjaya diselongkar oleh seorang pencipta kandungan mengenai kemausiaan, Hahn Zulkifli ketika menghadiri sukarela memberi bantuan kepada salah sebuah keluarga yang terputus bekalan makanan akibat PKPB.

Melihat keadaan flat itu, dia mengakui, luluh dan sedih hati apabila melihat keadaan kawasan tempat tinggal terbabit laluan kanan-kiri penuh dengan sampah dan limpahan air dari tingkat atas dan lorong-lorong kaki lima gelap dan berbau hanyir.

“Terdapat 3 lif dan yang berfungsi cuma satu. Lif yang berfungsi itu hanya boleh sampai ke beberapa tingkat disebabkan butang lif sudah rosak.

Semua terpaksa berhimpit dalam lif dan yang paling gerun adalah kita boleh dengar bunyi tali lif bergesek menarik naik penumpang,” jelasnya.

Apa pun harap menteri Pulau Pinang atau pihak berkuasa mengambil inisiatif untuk memperbaiki kawasan flat E2, Perai supaya tiada lagi pembuangan sampah di tengah-tengah kawasan rumah.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tipu Kaki Kudung Raih Simpati Mengemis, Rupanya Miliki 5 Aset Kediaman

‘Video Call Aje’- Rosyam Nor Gantung Banner Tak Terima Kunjungan Hari Raya Di Kediaman Ibu

 

 

 

 

Sumber: twitterLos Angeles Times

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement