Connect with us
On Air Di Kool

Berita

KKM Keluarkan SOP Untuk PRU Akan Datang

Published

on

Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Sarawak, Prof Datuk Dr Sim Kui Hian mengeluarkan kenyataan, kemungkinan bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 diadakan pada tahun ini adalah rendah.

Ini berdasarkan perkembangan COVID-19 semasa di negara yang ini yang menyaksikan kes positif yang kembali melonjak.

Bagaimanapun, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengeluarkan tiga prinsip yang mesti dipatuhi seandainya PRU diadakan dalam waktu terdekat ini. Antaranya adalah…

1. Tidak boleh rentas negeri atau sempadan negeri atau daerah.

2. Tiada kempen pilihan raya.

3. Tiada lawatan dari rumah ke rumah.

Sumber: sarawakvoice

Dalam pada masa sama, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia berkata pihaknya merasakan sebaik-baiknya ditangguhkan.  

“Namun, KKM tiada punca kuasa ataupun dapat menggunakan Akta 342 jadi KKM telah menyediakan SOP pilihan raya untuk PRK Chini dan Slim River. Malah, kita juga sediakan SOP PRN Sabah tapi isunya adalah ketidakpatuhan seperti lawatan rumah ke rumah dan perhimpunan,” katanya.

Harapnya bila ada SOP untuk PRN seterusnya, semua ahli politik dapat patuh untuk sama-sama memutuskan rantaian COVID-19.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut: 

Giliran Presiden FIFA Pula Positif COVID-19

Dapat Vaksin COVID-19 Secara Percuma!

Sumber: twitterKKM

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement