Connect with us
Kool FM

Berita

Kisah Benar! Ibu Cemas Bayi Baru Lahir Tertukar Dengan Bayi Orang Lain Di Hospital

Pihak hopital telah mengaku ia terjadi diatas kecuaian mereka sendiri dan menjelaskan anaknya itu sudah discharge atas nama ibu lain.

Published

on

Setiap ibu bapa mahukan yang terbaik dan akan sayangkan anak mereka bagai menatang minyak yang penuh. Lebih-lebih lagi jika pasangan itu sudah lama impikan zuriat sendiri. Kisah ibu ini mungkin boleh dijadikan pengajaran buat ibu bapa yang bakal menimang cahaya mata tidak lama lagi. Perkongsiannya Nuf Hafiza Md Rosli ini telah mendapat hampir 4 ribu shares di Facebook apabila berkongsi kisah anak bongsunya yang baru lahir pada 12 Februari lalu tertukar dengan bayi orang lain di hospital.

Kejadian yang berlaku pada 17 Februari 2021 itu merupakan satu pengalaman pahit buat Hafiza. Niat utama mahu menyusukan anaknya di hospital terbabit berubah selepas dia ke nursery hospital untuk jumpa anak namun anaknya tiada di situ. Hafiza bagaimanapun tidak berkongsi nama hospital berkenaan.

Menurut Hafiza, anaknya telah dimasukkan ke hospital akibat jaundice sejak anaknya dilahirkan dan pihak hospital masih tidak membenarkan anaknya dibawa pulang kerana berat badan menurun. Pada pagi hari kejadian, suami Hafiza cuba dapatkan kepastian untuk membawa anaknya pulang namun masih tidak dibenarkan oleh doktor walaupun jaundice anaknya turun.

#KronologiBabytertukar
#KisahBenar
#PengalamanSendiri
#BukandlmDrama

~Alhamdulillah pada 12/2/2021/1016pm /Boy /3.1kg…

Posted by Nur Hafiza Md Rosli on Wednesday, 17 February 2021

Pada hari yang sama, jam 3.45 petang, Hafiza cuba telefon pihak hospital untuk ketahui perkembangan anaknya dan doktor telah memberi kebenaran untuk menyusukan anaknya. Tepat jam 5.30 petang, Hafiza dan suami terus ke nursery hospital dan jururawat bertugas terus bawa ke cot anaknya. Namun, apabila sampai di situ Hafiza terkejut kerana itu bukan anaknya.

Jururawat berkenaan meminta Hafiza semak semula nama di cot dan Hafiza dapati namanya betul namun apabila dia semak nama di tag kaki bayi yang ada di dalam cot berkenaan, ia tertera nama orang lain. Selepas itu, Hafiza di minta untuk tunggu sebentar tetapi selepas tunggu 15-20 minit jururawat meminta Hafiza untuk panggil suami duduk sekali untuk mereka jelaskan apa yang telah berlaku.

Hafiza berkata ketika itu emosi dan fikirannya sudah mula terganggu. Pihak hopital telah mengaku ia terjadi di atas kecuaian mereka sendiri dan menjelaskan anaknya itu sudah discharge atas nama ibu lain. Apabila mereka dapati bayinya yang tertukar, pihak hospital segera mencari anaknya dan menghubungi ibu lagi satu untuk datang semula ke hospital untuk tukar bayi berkenaan.

Selepas selesai menukar semula kedua-dua bayi berkenaan, anaknya di bawa semula ke nursery hospital dan ditimbang semula depan Hafiza dan suami. Tambah Hafiza, berat anaknya berbeza dari apa yang diterangkan doktor sebelum ini semasa dia membuat panggilan. Oleh kerana bayi tertukar jadi report juga tersalah dan tertukar.

Hafiza turut berkongsi ini adalah satu situasi yang tidak ada seorang ibu pun mahu lalui dan dia berharap agar kejadian ini tidak berulangan dan berlaku kepada orang lain.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

2 Lelaki Penyamar Pekerja Kurier Samun Wanita & Sorok Bayi 3 bulan Dalam Tong Sampah

Doktor Jual Bayi Baru Lahir Selepas Ibu Bapanya Tak Mampu Bayar Bil Hospital

 

 

 

 

Sumber: Facebook Nur Hafiza Md Rosli

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement