Connect with us
Kool FM

Berita

Ketua Polis PJ Hulur Bantuan Kepada Ibu Yang Terpaksa Mencuri Untuk Anak

Saminya tidak mempunyai sebarang pekerjaan susulan pelaksanaan PKP.

Published

on

Pandemik Covid-19 benar-benar memberi kesan kepada kelangsungan hidup rakyat Malaysia. Tidak kira bangsa atau agama, sedikit sebanyak kesannya pasti ada. Tiada sesiapa minta untuk menjalani kehidupan yang penuh cabaran sehinggakan perlu mencuri ubat dan makanan untuk anak-anak di rumah namun situasi ini telah dialami oleh seorang ibu di Petaling Jaya. Niatnya mulia iaitu hanya untuk memastikan anaknya sihat kembali.

Sebelum ini tular kisah seorang remaja lelaki telah menerima sebuah telefon bimbit kerana telefonnya telah dicuri ketika sedang menjual burger, kini orang yang sama juga telah memberi bantuan kepada ibu ini. Menurut laporan, Polis Daerah Petaling Jaya tampil memberi bantuan kepada si ibu yang merupakan seorang suri rumah.

Difahamkan, ibu tersebut ditahan selepas gagal membayar barang makanan dan ubat bernilai RM58 di sebuah pasar raya. Antaran barangan yang ditemui bersama ibu tersebut adalah penampal penyejuk suhu badan untuk anaknya yang sedang demam, kek pandan serta sosej.

Satu perkongsian di laman rasmi Facebook Polis Daerah Petaling Jaya telah menunjukkan Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal turun padang bersama-sama beberapa anggota polis yang lain dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) untuk menyampaikan bantuan kepada ibu tersebut. Bantuan yang diberikan ini adalah atas dasar kemanusiaan.

“One Good Deed A Day..”

Seorang ibu sanggup berkorban apa sahaja…

PETALING JAYA, 21 Januari 2021 (Khamis) – YDH…

Posted by Polis Daerah Petaling Jaya on Wednesday, 20 January 2021

Menurut Nik Ezanee, apabila dia menerima laporan kejadian tersebut, dia merasakan ibu muda itu mengalami kesulitan susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang sedang berkuat kuasa ketika ini lalu dia bertindak membeli semula barang yang gagal dibayar ibu tersebut dan beberapa barang keperluan harian lain.

Tambah Nik Ezanee, dia juga telah mengarahkan supaya kes berkenaan tidak diambil tindakan susulan, seterusnya ditutup. Dia juga turut menasihati wanita tersebut untuk tidak ulangi perbuatannya sebaliknya memohon bantuan kepada pihak sepatutnya seperti Pusat Zakat, cawangan JKM atau masjid dan surau berhampiran.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Pencuri Kereta ‘Rare’ Sanggup Patah Balik Marah Mak Tinggalkan Anak Dalam Kereta

Tular! Kawan Curi Guna Identiti Naik Pesawat Sriwijaya Air

 

 

 

Sumber: BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement