Connect with us
Kool FM

Berita

Kesian.. Empat Singa Positif Covid-19!

Bukan hanya manusia, haiwan juga terjejas..

Published

on

Di kala ramai yang mula sibuk dengan berita vaksin Covid-19 sudah mula diuji, ada satu berita lain daripada yang lain telah menarik perhatian ramai. Ramai yang menyangka hanya manusia sahaja boleh dijangkiti virus ini, namun sebenarnya ada empat ekor singa di Zoo Barcelona, Sepanyol disahkan positif Covid-19. Kesiannya!

Menurut laporan ABC News, empat singa tersebut menunjukkan mereka mempunyai gejala ringan virus Covid-19. Pada mulanya empat singa tersebut mengalami selesema ringan, namun selepas itu mereka dilihat sukar untuk bernafas lebih kurang sama seperti gejala seorang manusia jika dijangkiti virus tersebut.

Tiga singa betina berusia 16 tahun itu diberi nama Zala, Nima dan Run Run, manakala singa jantan berusia empat tahun diberi nama Klumbe. Laporan turut menyatakan bahawa kakitangan perubatan di zoo berkenaan telah memberi empat singa itu ubat bagi merawat gejala berkenaan.

items.[0].image.alt

Untuk pengetahuan anda, ini adalah kejadian kedua membabitkan haiwan dijangkiti virus Covid-19  yang pertama berlaku di Bronx, New York. Bagaimanapun, empat harimau dan tiga singa dijangkiti Covid-19 dalam kes pertama sudah pun sembuh.

Oleh yang demikian, pakar veterinar dan kakitangan perubatan di Barcelona telah menghubungi rakan setugas mereka di New York untuk memahami rawatan yang diperlukan oleh haiwan yang dijangkiti virus berkenaan. Dilaporkan, empat singa di Sepanyol itu juga telah menjalani ujian saringan Polymerase Chain Reaction (PCR) sama seperti dilakukan terhadap manusia.

Selain itu, dua kakitangan di zoo sama dipercayai pekerja kandang singa turut dilaporkan positif virus itu. Bagaimanapun, tiada sebarang kenyataan dikeluarkan zoo itu berhubung punca jangkitan bagi semua singa terbabit.

Macam mana agaknya ya nak jada dan kuarantin empat singa tersebut? Kesian mereka terbabit sama dalam pandemik Covid-19 yang masih belum ada kesudahannya. Semoga cepat sembuh raja rimba!

 

Baca juga:

COVID-19: Haiwan peliharaan individu positif perlu dikuarantin

COVID-19: Haiwan peliharaan bukan penyebar wabak

 

 

 

 

Sumber: ABC News

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement