Connect with us
Kool FM

Berita

Kes Tinggi, Darurat Hingga Ogos Dilaksanakan?

Kesimpulannya, tak perlu risau cuma Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini.

Published

on

Menurut statistik terkini, seramai lima belas hospital COVID-19 mencatatkan kadar penggunaan katil COVID-19 (bukan ICU) melebihi 70 peratus.

Mengejutkan lagi di Lembah Klang, penggunaan katil ICU untuk pesakit COVID-19 di Hospital Kuala Lumpur dan Pusat Perubatan Universiti Malaya telah mencapai 100 peratus, manakala di Hospital Sungai Buloh 83 peratus.

Susulan itu, Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah memperkenankan tempoh pelaksanaan darurat hingga 1 Ogos 2021 atau sehingga suatu tarikh yang lebih awal jika angka kes positif COVID-19 harian dapat dikawal dan diturunkan dengan berkesan.

Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Foto BERNAMA

Namun, pengumuman darurat oleh YAB Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin jam 11 pagi tadi menjelaskan dengan lebih terperinci supaya orang ramai tidak perlu panik atau khuatir keputusan Seri Paduka Baginda.

Menurutnya, darurat yang diisytiharkan bukanlah rampasan kuasa tentera dan perintah berkurung juga tidak akan dilaksanakan. Sebaliknya, kerajaan awam akan terus berfungsi menurut perlembagaan persekutuan.

“Sepanjang tempoh darurat ini, jika Seri Paduka Baginda berpuas hati dengan keadaan tertentu jadi Seri Paduka Baginda berhak membuat keputusan serta-merta mengikut hal semasa,” katanya.

Image may contain: text that says "RAKYAT MALAYSIA TAK PERLU PANIK PROKLAMASI DARURAT BUKAN PERINTAH BERKURUNG ATAU PEMERINTAHAN TENTERA AKTIVITI RAKYAT BERLANGSUNG SEPERTI BIASA PARLIMEN DIGANTUNG USAHA MEMERANGI COVID-19 DAPAT DIJALANKAN TANPA GANGGUAN AHLI POLITIK YANG GILA KUASA TIADA PILIHANRAYA SEPANJANG TEMPOH DARURAT MENGAMBIL IKTIBAR DARIPADA PRN SABAH"

Kesimpulannya, tak perlu risau cuma Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) kali ini menggunakan konsep lain sedikit bagi mengambil kira semua aspek tidak kira rakyat dan juga menteri.

Patuhi SOP okay?

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

[VIDEO] Kes Covid-19 Meningkat Tinggi, Keadaan Pusat Kuarantin MAEPS Serdang Semakin Padat

‘Tiada Keperluan Isytihar Darurat Di Negara Ini’ – Yang di-Pertuan Agong

 

 

 

 

Sumber: BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement