Connect with us
Kool FM

Berita

Kerana Percaya Amalan Ilmu Hitam, Seorang Ibu Sanggup Membunuh Kedua-Dua Anak Gadisnya

Angkara ilmu hitam…

Published

on

Penggunaan ilmu hitam ni dilarang penggunaannya kerana ia boleh membawa seseorang untuk melakukan ritual gila termasuk membunuh orang. Tapi apa yang lebih menyedihkan apabila seseorang yang mengamalkan ilmu hitam sanggup membunuh anak sendiri. Itu yang berlaku kepada pasangan adik beradik ini apabila ibunya sanggup menghentak mati mereka atas nasihat pengamal ilmu hitam.

Ibunya dikatakan seolah-olah dirasuk syaitan semasa melakukan pembunuhan itu, dan lebih menyayat hati, bapa gadis berusia 20-an itu hanya menyaksikan tragedi tersebut seolah-olah membenarkan perbuatan isterinya itu.

Menurut laporan, kejadian yang berlaku di Hyderabad, India ahad lalu melibatkan mangsa bernama Alekhya, 27 tahun dan adiknya Sai Divya, 22 tahun. Pihak polis mengatakan selepas pembunuhan, bapa kepada gadis itu memberitahu rakannya melalui telefon mengenai kejadian sebelum melaporkan kepada polis. Sejurus itu, polis pun bergegas ke lokasi kejadian dan menahan ibu bapa mangsa.

Semasa penahan, pihak polis menemui senjata digunakan iaitu tombak bermata tiga dan dumbel (alat senaman). Manakala kedua-dua gadis itu ditemui berlumuran darah dan dibawa ke hospital kerajaan di Madanapalle. Dalam pada itu, polis mengesahkan mereka menghantar pasangan itu untuk pemeriksaan perubatan bagi memastikan keadaan mental mereka. Tapi apa yang mengejutkan adalah latar belakang dan pekerjaan pasangan tersebut tidak mengambarkan yang mereka akan melakukan perbuatan seperti itu.

Keluarga Yang Mempunyai Latar Belakang Akademi Yang Baik

Si ibu merupakan seorang pengetua sekolah, manakala si bapa adalah seorang profesor madya di sebuah kolej. Menerusi siasatan awal, polis menjumpai beberapa tanda ritual keagamaan di rumah itu yang menunjukkan pembunuhan kejam berkaitan kepercayaan karut. Siapa sangka orang yang mempunyai latar belakang terpelajar juga boleh melakukan hal sedemikian. 

Difahamkan juga Alekhya menamatkan Sarjana Pengurusan Perniagaan dan bekerja di sebuah institusi pengurusan hutan di Bhopal, manakala adiknya menamatkan pengajiannya dalam Pentadbiran Perniagaan serta belajar muzik di Akademi Muzik AR Rahman di Chennai. Sebelum kejadian, kedua-dua mangsa dikatakan pulang ke rumah untuk melawat keluarga.

Sementara itu, pihak polis menyifatkan keadaan suspek seperti mengalami delusi. Walaupun Ibu mangsa menegaskan dia sendiri melakukan perbuatan itu tanpa nasihat sesiapa, polis berusaha mencari mereka yang mengunjungi rumah itu untuk melakukan ritual berkenaan, sejak beberapa hari lalu melalui rakaman kamera litar tertutup (CCTV). Siasatan lebih terperinci akan dijalankan oleh pihak polis.

Baca juga artikel menarik lain:

Tak Perlu Sembelih, Kini Daging Boleh Dihasilkan Guna Pencetak 3D

Satu-Satunya Manusia Yang Terbunuh Akibat ‘Dilanggar’ Meteor

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement