Connect with us
Kool FM

Berita

Kerana 8 Ribu, Suami Isteri Ini Dipukul

Polis telah pun membuat tiga serbuan berasingan di daerah ini, Klang dan Kuala Lumpur.

Published

on

Seorang peniaga kedai runcit di Taman Medan dan isterinya cedera dipukul tiga lelaki yang menuntut hutang RM8,000, pada jam 11.12 malam kelmarin.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya Asisten Komisioner Nik Ezanee Mohd Faisal berkata, penerangan dari isteri magsa suaminya berusia 36 tahun dihampiri tiga lelaki ketika berada di dalam kedai runcit berkenaan.

“Ketiga-tiga lelaki terbabit menuntut hutang RM8,000 daripada mereka sebelum salah seorang suspek menampar suami pengadu dan ketika suaminya mempertahankan diri, dua lagi suspek turut memukul pengadu hingga mereka cedera di kepala dan badan.

Berdasarkan maklumat itu, polis membuat tiga serbuan berasingan di daerah ini, Klang dan Kuala Lumpur yang membawa kepada penahanan tiga lelaki berusia 30 hingga 45 tahun dipercayai terbabit dalam kejadian berkenaan.

Bagaimanapun, kini kesemua suspek direman selama tiga hari untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 323/427 Kanun Keseksaan,” katanya.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Nyawa Melayang Selepas Datang Kutip Hutang

Kucing Ini Hilang 3 Hari, Balik Rumah Bawak Nota ‘Hutang’

Sumber: harianmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement