Connect with us
Kool FM

Berita

“Kerajaan Sedang Tinjau Pembelian & Harga Vaksin” – Khairy Jamaluddin

Ingat, keluar rumah bila perlu sahaja!

Published

on

Sebelum ini keluar satu kenyataan dari Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Khairy Jamaluddin Abu Bakar di mana kerajaan sedang membincang terma penyertaan Malaysia dengan Pakatan Vaksin Global (GAVI) yang mengendalikan COVAX bagi memperoleh bekalan vaksin yang diperlukan.

Terbaru, Khairy memberitahu kerajaan kini meninjau pula harga indikatif pemerolehan bagi vaksin tersebut sekaligus menitik berat mengenai model pemerolehan vaksin COVID-19 yang sesuai bagi rakyat di negara ini.

Harga vaksin bagi wabak berbahaya yang ditawarkan dalam anggaran antara RM21 hingga RM83 seorang dan kita belum tahu lagi kerana ada beberapa vaksin mempunyai dos yang pelbagai dan kita perlu mengkajinya,”

Ujarnya lagi, langkah itu belum pernah dilakukan oleh kerajaan sebelum ini iaitu membeli produk yang belum dibuat dan diluluskan lagi.

Malah, kerajaan juga sedang mengkaji dari sudut tanggungjawab undang-undang mengenai pembelian awal vaksin berkenaan.

Justeru, kita semua harus mengambil inisiatif bijak bagi membantu landaikan semula lekuk graf kes COVID-19 pada fasa 2. Ingat! Keluar rumah bila perlu saja.

 

 

 

 

 

Sumber: bharian
Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement