Buletin Kool
Kerajaan Negeri Beri Hadiah Pada 40 Bayi Bertuah Di Melaka
Bermula jam 12.01 tengah malam semalam sehingga jam 11.59 malam tadi, seramai 40 bayi dilahirkan.
Semalam kerajaan Melaka membentangkan Belanjawan 2021 berjumlah RM445.86 juta dengan hasil negeri dianggarkan RM445.96 juta, sekali gus mencatat lebihan 17 tahun berturut-turut sejak 2005.
Menurut Ketua Menteri, Datuk Seri Sulaiman Md Ali, belanjawan negeri itu ialah bajet pemulihan ekonomi pasca-COVID-19 yang mengutamakan kebajikan rakyat dalam merancakkan pertumbuhan ekonomi melalui inisiatif yang dapat meningkatkan kesejahteraan rakyat.
Berikutan itu, semalam seramai 40 bayi bertuah yang lahir di Melaka semalam bakal menerima hadiah daripada kerajaan negeri sempena Belanjawan Melaka 2021.
EXCO Kesihatan dan Antidadah negeri Datuk Rahmad Mariman berkata, semua bayi berkenaan layak menerima pemberian khas berbentuk pembiayaan berjumlah RM150 melalui akaun Skim Simpanan Pendidikan Nasional (SSPN-i) seperti diumumkan Ketua Menteri Datuk Seri Sulaiman Md Ali, semalam.
“Berdasarkan maklumat diberikan oleh pihak hospital kerajaan dan swasta di negeri ini, bermula jam 12.01 tengah malam semalam sehingga jam 11.59 malam tadi, seramai 40 bayi dilahirkan.
“Daripada jumlah itu, seramai 31 bayi dilahirkan di Hospital Melaka, diikuti Hospital Kem Terendak (seorang),Hospital Pakar Putra (dua orang), Hospital Pantai Ayer Keroh (seorang), Hospital Oriental Melaka Straits (tiga orang) dan Pusat Perubatan Mahkota (dua orang),” katanya pada sidang media sempena Persidangan Ketiga (Bajet), Penggal Ketiga Dewan Undangan Negeri (DUN) Melaka Ke-14 di Seri Negeri, hari ini.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
“Pin pin! Baby awak dah sampai..” – Kisah Bayi Di Hantar Melalui Pesanan Pos
Bayi Lelaki Dilahirkan Mempunyai Antibodi Terhadap Covid-19
Sumber: harianmetro