Connect with us
Kool FM

Berita

“Kerajaan Beri 15 Tan Makanan,” – Menteri Tenaga & Sumber Asli Bersuara Isu Zoo Negara

“Walaupun Zoo Negara bukan badan kerajaan tapi sebenarnya pihak kerajaan telah menyalurkan banyak bantuan,”

Published

on

Hangat diperkatakan apabila Pendakwah Bebas, Ustaz Ebit Lew mengambil langkah untuk menyalurkan  bantuan makanan kepada semua haiwan di bawah penjagaan Zoo Negara.

Tular saja isu ini, ramai warga net bersuara di manakah kerajaan? Mengapa menteri mendiamkan diri? Berikutan itu penyampai radio Kool FM cuba menghubungi Menteri Tenaga Dan Sumber Asli, Dato Shamsul Anuar Nasarah bagi mengulas lanjut tentang isu ini.

Sumber: umnoonline

Menurtunya, Zoo Negara dimiliki oleh Malaysia Zoo Society (MZS) di mana Zoo Negara adalah sebuah organisasi badan bukan kerajaan dan Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Perhilitan hanya memberi permit penjagaan haiwan liar kepada Zoo Negara.

“Walaupun Zoo Negara bukan badan kerajaan tapi sebenarnya pihak kerajaan telah menyalurkan banyak bantuan dan tidak dapat dinafikan sejak musim pandemik penjualan tiket tidak banyak terjual sehingga hampir kesemua zoo satu Malaysia terjejas.

Sumber: BH

Bagi menyelesaikan masalah tersebut, pihak kerajaan telah memberi peruntukan lebih 10.2 juta di bawah Dana Prihatin Kebajikan Hidupan Liar dan Zoo Negara tersebut telah dapat 1.3 juta pada Jun lalu untuk menampung bekalan makanan,” jelasnya.

Tambahnya lagi, sepanjang tempoh PKP ini pun kerajaan telah memberikan sebanyak 15 tan makanan untuk kesemua haiwan termasuk daging, sayur, buah-buahan.

Untuk dengarkan lebih Catch Up Kool, klik saja disini.

 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement