Connect with us
Kool FM

Berita

Kejam! Kanak-Kanak Perempuan OKU Mati Dibunuh Oleh Nenek

Didera menggunakan rotan dan ubat nyamuk, selain dipijak di bahagian perut..

Published

on

Sampainya hati sedangkan haiwan pun sayangkan anak. Perbuatan seorang nenek ini di luar jangkaan apabila dia didakwa telah mendera dan membunuh cucu perempuan saudaranya berusia lima tahun yang juga merupakan seorang Orang Kelainan Upaya (OKU) Disember lalu.

Menurut laporan,  tertuduh Ipzuma Ambo berusia 55 merupakan seorang warga Indonesia tidak membuat apa-apa pengakuan selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nik Mohd. Fadli Nik Azlan kerana kes tersebut di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan pertuduhan yang direkodkan, tertuduh bekerja sebagai pembantu rumah itu telah didakwa dengan niat bunuh ke atas cucu perempuannya. Difahamkan, kejadian tersebut berlaku di sebuah rumah di Kampung Sungai Chin Chin, Gombak di sini antara 28 Disember 2020 pukul 12.01 pagi sehingga 30 Disember 2020 pukul 8.10 malam. Tertuduh didakwa dibawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman mati, jika sabit kesalahan.

Nenek didakwa bunuh, bapa kandung didakwa abai - Kosmo Digital

Berhubung dengan kes yang sama, di hadapan Hakim Maziah Joary Mohd. Tajudin di Mahkamah Sesyen bapa kandung kepada mangsa itu juga mengaku tidak bersalah atas pertuduhan mengabaikannya. Difahamkan, tertuduh didakwa sebagai seorang yang mempunyai pemeliharaan terhadap anaknya telah mengabaikan iaitu dengan menyebabkan kecederaan fizikal pada tubuh badan anaknya itu.

Sebagai informasi tambahan, kanak-kanak berusia lima tahun tersebut disyaki didera menggunakan rotan dan ubat nyamuk, selain dipijak di bahagian perut. Mangsa menghidap Hydrocephalus iaitu lebihan cecair otak sejak lahir yang tidak dapat jalan dengan sempurna.

 

Baca juga:

Pasangan Suami Isteri Pura-Pura Bahagia Di Kaca TV, Lebih 800 Video Dera Anak Angkat Ditemui!

Elak Kes Penderaan Anak Ketika Bekerja, Ibu Bapa Wajib Lakukan Ini

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement