Connect with us
Kool FM

Berita

Kejam! Seorang Ibu Paksa Anak Dan Anak Buahnya Makan Daging Liar

Adakah tindakan ibu ini dianggap salah satu usaha menyara anaknya atau ia adalah satu kerja gila?

Published

on

Siapa sangka seorang ibu sanggup memberikan anak kecil santapan yang di luar jangkaan seorang manusia biasa?Tindakan wanita bernama Lilia Granenko telah mendapat kecaman hebat apabila dia memaksa dua kanak-kanak  makan daging anjing liar untuk meneruskan kehidupan. Kini, kanak-kanak tersebut yang berusia 4 dan 2 tahun itu telah diselamatkan dari kediaman mereka yang dipenuhi dengan lipas di Ukraine.

Menurut laporan, kanak-kanak tersebut dalam kelaparan telah diselamatkan oleh anggota polis yang menyerbu rumah yang penuh dengan sampah yang terletak di bandar Kharkiv, timur laut Ukraine. Lilia dipercayai telah menangkap dan membunuh anjing liar di kawasan rumahnya sebelum memasak daging haiwan tersebut untuk diberi kepada dua kanak-kanak berkenaan.

Difaham Lilia dan dua kanak-kanak itu hidup dalam keadaan yang kotor. Tempat tinggal mereka dipenuhi najis mereka sendiri kerana tandas di rumah tidak berfungsi serta mereka juga hidup bersama tikus dan lipas. Difahamkan tempat tinggal mereka tidak mempunyai bekalan air kerana bil bulanan tidak dibayar. Tambah laporan, dua kanak-kanak tersebut dipercayai tidak pernah keluar dari rumah.

Lilia kini ditahan dan berdepan dengan hukuman penjara lima tahun jika disabit bersalah atas kesalahan mengabaikan dua kanak-kanak di bawah jagaannya itu. Manakala nasib dua kanak-kanak berkenaan pula, mereka dibawa ke hospital untuk menjalani pemeriksaan kesihatan sebelum diserahkan kepada penduduk yang sudi menjaga mereka.

Tambah laporan, aktivis hak haiwan mendapat maklumat yang menyatakan Lilia telah menangkap anjing liar dan daging haiwan itu dijamu kepada kanak-kanak tersebut. Hasil serbuan dapati sebanyak empat ekor anjing liar ditemui dikurung di salah sebuah bilik di rumah Lilia, yang dipercayai hanya menunggu masa untuk dimakan.

Terdahulu, Lilia mempunyai lima orang anak dari lelaki yang berbeza dan difahami Lilia telah hilang hak penjagaan terhadap anak-anaknya. Demi kelangsungan hidup, seorang ibu sanggup memeberi anaknya makan sesuatu yang diluar jangkaan. Pada pendapat anda, adakah tindakan ibu ini dianggap salah satu usaha menyara anaknya atau ia adalah satu kerja gila?

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kejam! Kanak-Kanak Perempuan OKU Mati Dibunuh Oleh Nenek

Kerana Percaya Amalan Ilmu Hitam, Seorang Ibu Sanggup Membunuh Kedua-Dua Anak Gadisnya

 

 

 

Sumber: Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement