Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Kecoh Video Wanita Hamil 7 Bulan Jatuh Ketika Tunggang Kuda, Dikecam Tak Sayang Baby

“Ni dah kenapa time mengandung pun nak naik kuda?”-Netizen

Published

on

Terjatuh dari menunggang kuda adalah perkara biasa, namun yang luar biasa adalah apabila wanita sarat mengandung terjatuh dari kuda yang ditunggangnya. Persoalan yang wajar ditanya adalah mengapa ibu sarat mengandung tersebut menunggang kuda pada saat dirinya sarat hamil?

Video seorang wanita menjadi tular di ruangan sosial media kerana ramai terkejut apabila wanita tersebut sarat mengandung tujuh bulan.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by LOVE,INDEPENDENT,WORKAHOLIC💚 (@cikpuanazila_cpa)

Berdasarkan video yang tersebar di Twitter, wanita berkenaan yang dikenali sebagai Nor Azila Mohamed Azmi sedang menunggang seekor kuda namun secara tiba-tiba tergelincir. Ramai dalam kalangan pengguna laman sosial melahirkan kebimbangan terhadap wanita tersebut terutama kondisi anak yang dikandung dalam perutnya.

Ingin menjelaskan perkara sebenar, Nor Azila tampil memberikan penjelasan mengenai apa sebenarnya yang berlaku.

“Sesuatu yang luar biasa terjadi apabila video saya terjatuh dari kuda itu sebenarnya tergelincir. Saya menerima banyak panggilan telefon daripada keluarga dan kawan-kawan yang mengambil berat tentang keadaan saya. Saya faham mungkin sebab saya tengah sarat mengandung tujuh bulan sebab itu ramai yang risaukan keadaan saya.

Alhamdulillah, saya okey sahaja, tiada yang serius, syukur kepada Allah. Masa dapat tahu video saya tular dan pertama kali kena kecam memang tak terhadam membaca komen-komen netizen yang kata sendiri cari pasal, cari penyakit dan pelbagai lagilah.”

“Mujurlah emosi ibu mengandung tak terganggu sangat. Bagi yang beri kata-kata semangat dan mendoakan kandungan saya selamat, alhamdulillah terima kasih,’ kata Nor Azila.

Tunggang kuda sesuai untuk wanita hamil?

Dalam pada itu, Nor Azila berpendapat sukan berkuda sesuai untuk wanita hamil namun dengan pengawasan yang rapi dan sukan itu sudah sebati dalam dirinya.

“Sebenarnya menunggang kuda ketika hamil ini bukan tak boleh tapi cuma perlu berhati-hati. Macam dalam video tu saya terlebih pergerakan dan berlaku kesilapan teknikal hingga tergelincir. aya seorang penunggang kuda dan memiliki seekor kuda bernama White Rose. Rose ibarat anak saya dan sudah berbulan-bulan tidak datang menjenguknya.”

“Menunggang kuda masa mengandung bagus sebab bantu perbetulkan posisi badan ibu hamil selain memudahkan proses bersalin juga. Kuda hanya suka pada orang yang tenang. Lagipun tunggang kuda sebahagian daripada amalan sunnah dan mengajar kita sifat kepimpinan,” tambahnya.

Apa pun, keselamatan kandungan perlu diutamakan. Yang mana tengah sarat mengandung dan baru ingin mencuba-cuba aktiviti menunggang kuda, tunggu lepas bersalin tau!

 

 

 

Baca juga:

“Tiada Duit Baju Raya, Sekolah..Jumlah Sama Dari 2013..”- Ini Balas Rita Rudaini Bekas Suami ‘Claim’  LHDN Atas Nama Anak

“Ada Bukti Beri Nafkah Anak-Anak Tanpa Gagal..”- Adil Zafuan Bersuara Isu Letak Nama Anak Untuk Claim LHDN

 

 

 

 

Sumber: Instagram

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement