Connect with us
Kool FM

Berita

Kecewa Teman Lelaki Kahwin Lain, Tuduhan ‘Rogol’ Dilemparkan

20 tahun dituduh sebagai perogol…

Published

on

Satu kejadian yang berlaku di India di mana selepas hampir dua dekad, akhirnya seorang lelaki dibebaskan daripada tuduhan merogol bekas teman wanitanya. Tuduhan yang agak berat sehingga mengakibatkan seorang lelaki dituduh sebagai perogol hampir 20 tahun. Ianya selepas Mahkamah Agung negara itu mendapati terdapat bukti bahawa kejadian ‘rogol’ yang dikatakan itu adalah antara suka sama suka.

Apa yang mengejutkan, Mahkamah mendapati mangsa ‘rogol’ tersebut hanya membuat laporan polis selepas mendapat tahu bekas teman lelakinya akan berkahwin dengan wanita lain. Jadi ia sebenarnya hanyalah satu tuduhan palsu yang dilemparkan untuk membalas dendam terhadap bekas teman lelakinya yang mungkir janji untuk mengahwininya. 

Menurut laporan, Hakim membuat keputusan untuk menggugurkan pertuduhan tersebut selepas mendapati mereka adalah pasangan kekasih sebelum ini. Selain itu, turut dijumpai bukti iaitu surat dan gambar lelaki terbabit bersama wanita yang dikatakan menjadi ‘mangsa’ itu. 

Masakan ‘mangsa’ rogol sempat menulis sepucuk surat cinta kepada perogolnya sebelum dia dirogol. Tambahan lagi, mereka berdua telah menjalinkan hubungan selama empat tahun sebelum wanita itu membuat tuduhan palsu. 

Menurut laporan media tempatan, selepas wanita terbabit mengadakan hubungan intim dengan bekas kekasihnya, dia mula berdiam diri. Namun, bekas kekasihnya itu dikatakan berjanji untuk mengahwininya. Tapi sayang akhirnya lelaki itu tetap curang dan mengahwini wanita lain. Wanita tersebut dikatakan menfailkan kes itu seminggu sebelum bekas kekasihnya melangsungkan perkahwinan. 

Dalam kes ini, mungkin ianya berpunca daripada peristiwa penipuan dan kekecewaan dalam hubungan cinta. Namun, ia tidak seharusnya berakhir dengan satu tuduhan palsu. 

 

 

 

 

 

 

Sumber daripada: Harian Metro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement