Semasa
Kawan-Kawan ‘Buang’ Sebab Positif COVID-19
Lelaki tersebut tidak tahu ke mana harus dituju dan di mana untuk tidur.
Sejak kebelakangan ini berita tentang kes bunuh diri dalam kalangan pesakit COVID-19 semakin meningkat. Sampaikan baru-baru ini ada yang cuba membunuh diri tapi gagal apabila tersangkut di bumbung tingkat tiga.
Mungkin disebabkan rasa diri sudah ‘kotor’ kerana dihinggapi virus berbahaya tersebut atau merasakan tiada apa lagi untuk meneruskan hidup.
Seorang lelaki hidap kanser dan positif Covid-19 di Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah dilapor terjun dari tingkat enam hospital 8 mlm tadi.
Lelaki berusia 64 tahun itu terselamat namun cedera parah selepas tersangkut di bumbung tingkat tiga hospital. pic.twitter.com/a1FE0TeRr7
— Mohd Redzuan Abdul Manap (@redzuanNewsMPB) November 14, 2020
Namun lain pula dengan satu perkongsian salah seorang pengguna Facebook yang ingin dikenali sebagai Malai More, menerusi satu video pendek yang menyedihkan.
Menurutnya, seorang lelaki mengadu nasib pada pihak klinik kerana dikatakan dihalau rakan-rakannya selepas mereka mengetahui dirinya disahkan positif COVID-19.
“Saya mendekati pesakit tersebut dan beri dia makan minum tapi dia tak lalu nak makan kerana rasa terlalu sedih dibuang rakan sampai merasakan inilah penghujung hidupnya,”
Ceritanya lagi, malam kejadian selepas dihalau rakan-rakannya lelaki tersebut tidak tahu ke mana harus dituju dan di mana untuk tidur.
Nasib menyebelahi lelaki tersebut apabila segalanya dipermudahkan. Salah seorang pegawai di klinik tersebut berjaya meminta pihak Kementerian Kesihatan Malaysia mempercepatkan proses untuk menghantar lelaki tersebut ke hospital untuk rawatan.
Kesimpulan di sini, berhentilah memandang serong kepada pesakit COVID-19 kerana tiada siapa ingin dijangkiti wabak berbahaya ini. Bagilah sokongan moral untuk mereka berusaha kembali pulih.
Untuk bacaan lebih menarik, klik senarai artikel berikut:
Penemuan Vaksin COVID-19 Hasil Kerjasama Pasangan Saintis Dari Turki
Pejabat Kesihatan Minta Henti Sebar Nama Pesakit COVID-19
Sumber: malaimore