Connect with us
Kool FM

Berita

KANTOI! Ingatkan Baby Bump.. Rupanya “Drug Bump’

Ini namanya kreatif tak bertempat!

Published

on

Kesan daripada pandemik Covid-19 telah menjejaskan seluruh rakyat di dunia ini. Ramai yang sanggup melakukan dua tiga kerja untuk menyara diri dan keluarga tidak berkira untuk lakukan apa sahaja kerja yang mampu dia lakukan. Di Malaysia, ramai yang sudah mula masuk ke bidang jualan atas talian untuk tambah pendapatan. Namun, wanita ini memilih untuk melakukan kerja kotor untuk  menjana pendapatan dalam masa yang singkat.

Di Brazil, seorang wanita telah buat sesuatu di luar jangkaan ramai iaitu menyeludup kokain dalam kulit tembikai yang digunakan sebagai ‘baby bump’. Pelik tapi benar. Dia telah ditahan oleh pihak polis Brazil apabila terkantoi semasa pihak polis lakukan pemeriksaan ke atasnya. Dia yang sedang menaiki bas awam menuju ke Rio de Janeiro itu telah berpura-pura hamil namun gagal dan terus digari oleh pihak polis.

Semasa pihak polis melakukan pemeriksaan ke atasnya, terkejut apabila mendapati perutnya yang kelihatan hamil itu rupa-rupanya ia hanyalah sekadar kulit tembikai dan makin mengejutkan ia mengandungi empat ketul kokain yang bersaiz batu bata. Wow!

Pihak polis telah temui dadah seberat 1.8 kilogram. Betul-betul seperti berat bayi dalam kandungan. Kemudian dadah itu dirampas dan disita oleh pihak berkuasa Sao Paulo pada Isnin lalu. Bagaimanapun suspek telah mengaku bersalah dan menyatakan dia telah menerima dadah tersebut di Paraguay dan dalam perjalanan membawa bekalan itu ke Rio.

Menurut laporan media tempatan, suspek mendedahkan dia akan dibayar kira-kira RM400 untuk menyeludup dadah itu ke bandar besar Brazil. Sikitnya berdanding dengan risiko yang diambil seperti tidak berbaloi. Pihak berkuasa Sao Paulo menggambarkan operasi penyeludupan yang gagal itu sebagai ‘kreativiti tanpa had’. Gambar kulit tembikai bersama empat ketul dadah itu turut didedahkan di media sosial rasmi pihaknya.

Demi meneruskan kelangsungan hidup, orang sanggup lakukan apa sahaja. Namun, beringatlah tentang risiko dan kesan yang bakal dikenakan ke atas anda sekiranya terkantoi.. opps!

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Kerana Gian, Sanggup Heret Bayi Berusia 2 Bulan Ke Sarang Dadah

Tokan Dadah Insaf, Kini Imam Surau Sepenuh Masa

 

 

 

 

 

 

Sumber: Daily Mail

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement