Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Kanak-Kanak 3 Tahun Maut Tertembak Diri Sendiri Semasa Sambutan Hari Jadi

Cuai sampai kanak-kanak tak berdosa tu jadi mangsa!

Published

on

Majlis sambutan hari lahir yang sepatutnya disambut meriah bertukar mimpi ngeri apabila seorang kanak-kanak berusia tiga tahun maut akibat tertembak dirinya sendiri. Kejadian malang itu dilaporkan berlaku di Texas, Amerika Syarikat (AS) sewaktu menyambut hari kelahiran kanak-kanak malang tersebut.

Menurut laporan, kanak-kanak itu dikatakan menjumpai sepucuk pistol yang tercicir di atas lantai. Kanak-kanak tersebut kemudian secara tidak sengaja tertembak dirinya di bahagian dada. Tragedi menyayat hati itu berlaku semasa mereka semua sedang seronok bermain kad. Namun, secara tiba-tiba dikejutkan kedengaran satu bunyi tembakan yang kuat.

Kanak-kanak malang itu ditemui bersama senjata api dalam keadaan berlumuran darah dan cedera parah di bahagian dada. Dia kemudian segera dikejarkan ke stesen bomba, namun meninggal dunia di situ.

Senjata Api Tercicir Dari Poket Seluar…

Menurut siasatan pihak berkuasa, mangsa menemui pistol yang terjatuh dari poket salah seorang saudara mereka yang menghadiri majlis itu. Bagaimanapun, ahli keluarganya tidak mendedahkan bagaimana senjata api itu boleh tercicir dan pihak berkuasa juga tidak mengatakan sama ada pemilik pistol itu mengendalikan senjatanya dengan selamat ataupun tidak.

Menurut pertubuhan Everytown for Gun Safety, sejak awal tahun ini, AS merekodkan kes tembakan tidak sengaja oleh kanak-kanak sebanyak 229 kes, dengan 97 kematian dilaporkan. Manakala, satu pertiga rakyat di sana kini memiliki senjata api dan berhak memilikinya berdasarkan peruntukan Pindaan Kedua Perlembagaan AS, dengan Texas sebagai negeri yang mempunyai undang-undang paling longgar bagi pemilikan senjata api.

 

Baca juga artikel menarik lain:

Ibu Cuai Biarkan 2 Anak Kecil Dalam Kereta Enjin Tidak Dimatikan, Rempuh Sebuah…

Bunuh Diri Akibat Tekanan Bekerja Dari Rumah

 

 

 

Sumber daripada: Berita Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement