Connect with us
Kool FM

Berita

Kanak-Kanak 2 Tahun Meninggal Kerana Masukkan Sudu Dalam Lubang Extension

“Saya tinggalkan sudu besi tu atas meja yang tinggi selepas membuat bancuhan susu anak saya, Jake Angsara tapi tak sangka pula dia mampu capai dan terus cucuk ke dalam soket elektirk,” jelasnya.

Published

on

Kuprum, perak, emas, tembaga, merkuri , keluli, konkrit, air laut dan besi adalah bahan konduktor elektrik yang boleh mengalirkan elektrik.

Walaupun kelihatan bahan ini agak sukar untuk didapati di dalam rumah tapi dalam tak sedar, sebenarnya ada. Misalnya, sudu dan air.

Bahaya jika mengambil enteng terutama bila ada anak kecil. Buktinya, di Filipina terdapat satu kes kematian seorang kanak-kanak berusia 2 tahun akibat terkena renjatan elektrik.

Menurut posting Facebook bapa mangsa, Eloisa Acay Angara, kejadian tidak diingini itu berlaku selepas anaknya memasukkan sudu besi ke dalam lubang soket elektrik bersambung.

May be an image of indoor

“Saya tinggalkan sudu besi tu atas meja yang tinggi selepas membuat bancuhan susu anak saya, Jake Angsara tapi tak sangka pula dia mampu capai dan terus cucuk ke dalam soket elektirk,” jelasnya.

Dia yang menemui anaknya dalam keadaan tidak sedarkan diri dan terus bawa ke hospital berdekatan. Namun, pihak hospital gagal menyelamatkan Jake dan kemudian, disahkan meninggal dunia.

No photo description available.

May be an image of child and outdoors

Malang tidak berbau. Harap dengan kejadian yang menimpa keluarga ini dapat berikan kita pengajaran. Elakkan meletak barangan elektrik di bahagian bawah yang mudah dicapai kanak-kanak.

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Gara-Gara Buat Sit-Up, Habis Ribuan Kediaman Terputus Bekalan Elektrik

[VIDEO] “Rasanya Seperti Ironman” – Wanita Ini Menjerit Selepas Direnjat Elektrik Di Troli

Sumber: facebook

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement