Semasa
Tangan Bayi Baru Lahir Ini Dicucuk Hingga Lebam
Dalam pada masa yang sama, dia membuat laporan polis untuk tindakan yang sewajarnya.
Ibu bapa mana yang boleh melihat anak mereka sakit? Tiada! Begitulah yang dialami seorang bapa yang sedih melihat tangan kiri anaknya dicucuk oleh pihak hospital sehingga lebam.
Menurutnya, ketika anaknya dilahirkan doktor mendapati anaknya mempunyai masalah pernafasan laju dan menyebabkan perlu dicucuk pada bahagian tangan kiri.
“Saya tak faham apa doktor atau nurse buat pada anak saya yang baru lahir sampai tangan dia jadi lebam dan bengkak. Ibu mana tak risau bila tangok tangan anak jadi macam tu,” luahnya menerusi posting di facebook.
Tambahnya lagi, isterinya sudah keluar awal tapi anak mereka masih dekat nicu buat masa sekarang. Perkara tersebut membuatkan isterinya menangis bila memikirkan tentang permata mereka di hospital.
Dalam pada masa yang sama, dia membuat laporan polis untuk tindakan yang sewajarnya.
Susulan itu, pihak hospital memberi maklum balas terhadap aduan tersebut namun, tiada jawapan yang dapat tapi hanya penerangan semata-mata.
Bagaimanapun, pihak Pusat Darah Negara pernah membuat perkongsian tentang punca dan cara mengatasi kesan lebam apabila darah diambil.
Kool FM harap tangan anak kecil tersebut pulih dengan segera dan agar semuanya dapat diselesaikan dengan cara baik.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Menangis Buat Swab Test, Lelaki Ini Nak Saman Jururawat!
Terima Ayat Lucah Ketika Rawat Pesakit Covid-19, Jururawat Ini Dikacau Warga Emas Miang
Sumber: facebook