Connect with us
Kool FM

Berita

Jiran Sering Dengar Budak Menangis, Mangsa Juga Sering Sendirian Termenung

“Kanak-kanak itu mungkin sudah lama meninggal dunia..”

Published

on

Sungguh mendukakan hati tatkala membaca berita hari ini apabila seorang ibu sanggup mendera anaknya sendiri yang berusia 7 tahun sehingga meninggal dunia. Dipercayai ibu kejam tersebut baru mengambil anaknya daripada dijaga ibu angkat selama 6 tahun.

Aduh, jika tidak disayang anak itu mengapa ambil daripada jagaan orang yang benar-benar sayangkannya?

Kanak-kanak malang tersebut didakwa lemas di dalam tong air di rumahnya dalam kejadian kira-kira pukul 4 petang namun siasatan siasatan awal polis mendapati terdapat kecederaan fizikal pada badan mangsa.

Mayat kanak-kanak tersebut dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Melaka untuk bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. Suami isteri, masing-masing berusia 32 dan 38 tahun direman tujuh hari bermula hari ini bagi membantu siasatan kes dera sehingga menyebabkan kematian kanak-kanak lelaki berusia tujuh tahun.

“Sepatutnya saya pertahankan adik..”

Sementara itu, luluh hati seorang ibu apabila mendengar berita anak angkatnya yang ditatang bagai minyak yang penuh selama 6 tahun meninggal dunia dalam keadaan menyayat hati. Lebih hancur hatinya apabila dipercayai ada unsur penderaan kepada kanak-kanak malang tersebut.

Norlida Abu Hassan, 50, berkata, walaupun reda dengan pemergian anak lelaki jagaannya namun terkilan kerana kanak-kanak yang dijaga seperti darah daging sendiri dengan penuh kasih sayang itu diperlakukan sedemikian rupa.

Menurut Norlida, kali terakhir bertemu anak angkatnya yang mesra dengan panggilan ‘Adik’ pada November lalu di Rawang, Selangor, sebulan selepas kanak-kanak itu diserahkan kepada keluarganya di Krubong di sini.

“Saya menyesal… sepatutnya saya pertahankan Adik tetapi kerana faham keadaan ibunya yang mungkin menanggung rindu, jadi saya rela dan biarkan dia kembali ke pangkuan mereka.”

Foto: Hmetro

Jiran sering dengar budak mengangis

Jiran kanak-kanak yang meninggal dunia mendakwa budak lelaki itu sering kelihatan bersendirian dan kerap termenung.

“Apabila anak saya melambai ke arahnya dan ajak bersembang, dia tidak membalas dan segera masuk ke dalam rumah. Dengan ibu bapanya juga kami jarang bersembang,”

Seorang lagi jiran berusia 43 tahun pula mendakwa sempat bertanya petugas kesihatan yang hadir di kediaman berkenaan mengenai penemuan mayat mangsa.

Dakwanya, petugas berkenaan memaklumkan kanak-kanak malang itu berkemungkinan sudah lama meninggal dunia.

“Saya bergegas keluar rumah apabila melihat ada ambulans dan diberitahu ayah tiri mangsa bahawa anaknya meninggal dunia akibat lemas dan pada masa sama, saya juga nampak ibu mangsa duduk di atas sofa sambil menangis.

“Ketika itu, saya sempat bertanya kepada seorang petugas kesihatan di situ yang memaklumkan kanak-kanak itu mungkin sudah lama meninggal dunia,” katanya.

Menurutnya, dia sering mendengar bunyi tangisan budak di rumah mangsa namun tidak mengambil serius kerana menganggapnya biasa bagi keluarga yang mempunyai kanak-kanak.

 

 

 

Baca juga:

Ibu Cuai Biarkan 2 Anak Kecil Dalam Kereta Enjin Tidak Dimatikan, Rempuh Sebuah...

Rakaman Wanita Tidur Berjalan Buat Netizen Terhibur

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement