Berita
Dapat Vaksin COVID-19 Secara Percuma!
Jepun menjangkakan akan mendapat vaksin COVID-19 pada separuh pertama 2021.
Penularan wabak COVID-19 telah membuatkan pengalaman hitam bagi seluruh dunia lebih-lebih lagi apabila berlaku pengucupan ekonomi yang teruk dan kini kematian hampir mencecah hampir dua juta manusia.
Terbaru, laporan mencatatkan kes keseluruhan adalah 43.6 juta manusia yang dijangkiti wabak pandemik berbahaya ini.
Susulan itu, satu dunia juga sedang menunggu vaksin bagi mengekang penularan COVID-19. Bagaimanapun, menurut satu portal, Jepun telah berjaya meluluskan pindaan undang-undang membolehkan penduduk negara itu menerima vaksin COVID-19 secara percuma dan akan diwajibkan ke atas semua penduduk.
Malah, kerajaan mereka juga akan membayar pampasan sekiranya berlaku kesan buruk disebabkan vaksinasi.
Bagaimanapun, jika tidak ada jaminan yang mencukupi mengenai keselamatan vaksin tersebut, ia tidak akan dilaksanakan.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Apa Perbezaan Antidot, Antibiotik & Virus?
Pengumuman Khas Buat Mereka Yang Pernah Dijangkiti Virus COVID-19
Sumber: cariangoogle