Connect with us
Kool FM

Berita

Isteri Tikam Suami, Sangkakan Si Suami Curang Rupanya Itu Gambar Dirinya Sendiri

Alamak, gambar masa muda pun dah tak kenal..

Published

on

Cemburu bukanlah satu perkara yang boleh dibuat main. Cemburu dalam sesebuah hubungan itu perlu untuk buatkan hubungan itu ‘hidup’ namun cemburu buta yang tiada arah adalah satu perkara yang harusnya dielakkan. Hal ini kerana akibat perasaan cemburu buta, seorang wanita di Mexico ditahan selepas bertindak menikam suaminya hanya kerana beberapa keping gambar.

Menurut laporan, wanita tersebut yang dikenali dengan nama Leonora N telah terjumpa beberapa keping gambar di dalam galeri telefon suaminya, Juan N. Gambar-gambar tersebut memperlihatkan si suami bersama seorang ‘gadis muda’. Tidak disangkakan figura ‘gadis muda’ itu sebenarnya dirinya sendiri beberapa tahun lalu.

Dalam kenyataan polis di Cajeme, Sonora, Leonora berang dan mengamuk apabila menemui gambar tersebut dan terus bertindak di luar kawalan dengan menikam suaminya beberapa kali tanpa usul periksa.

Difahamkan, selepas Juan ditikam beberapa kali dia berjaya merampas pisau dari isterinya sebelum menjelaskan bahawa gambar-gambar tersebut adalah gambar lama mereka yang telah diambil beberapa tahun yang lalu. Tambah Juan, gambar berkenaan telah didigitalkan untuk disimpan di dalam telefonnya.

Tidak lama selepas kejadian berlaku, pihak polis kemudiannya telah menyerbu rumah mereka dan menahan wanita berkenaan selepas menerima laporan dari jiran yang terdengar jeritan dan pergaduhan mereka.

Pengajarannya di sini, janganlah terlalu buruk sangka kepada pasangan sebelum melakukan usul periksa terlebih dahulu. Namun, jangan pula terlalu percayakan pasangan sehinggakan mengundang perkara lain pula. Apa pun, kita berpada-pada dalam hubungan dan komunikasi adalah kunci dalam setiap perhubungan.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Telefon Bimbit Salah Satu Alat Utama Punca Curang Suami Isteri – Pakar Tingkah Laku Sosial

Tuduh Curang Dan Penggal Kepala Isteri Sendiri!

 

 

 

 

 

Sumber: Daily Star

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement