Connect with us
Kool FM

Berita

Isteri Sarat Mengandung Disyaki Ada Hubungan Sulit, Maut Ditetak Suami Sendiri

Tergamak bunuh isteri sedang sarat mengandung…

Published

on

Jenayah bunuh sememangnya sudah diketahui umum sebagai satu jenayah berat. Jika disabit kesalahan, boleh membawa kepada hukuman mati mandatori. Namun, ia tetap tidak menghalang daripada jenayah ini terus berlaku sehinggakan terdapat kes pembunuhan yang melibatkan pasangan suami isteri. 

Baru-baru ini kita dikejutkan dengan berita mengenai kes pembunuhan seorang wanita yang dibunuh sendiri oleh suaminya. Kejadian yang berlaku di Taman Saujana, Kota Tinggi itu amat mengejutkan dengan pengakuan si suami yang menembak mati isterinya lalu dimasukkan ke dalam tong air berwarna biru bersama kain cadar. Motif pembunuhan dikatakan akibat cemburu. 

Terbaharu, satu lagi kes melibatkan pasangan suami isteri dilaporkan berlaku di Tawau, Sabah. Ia melibatkan seorang wanita sarat mengandung ditemui maut de­ngan kesan tetak pada bahagian leher. Kejadian dikatakan berlaku pada Ahad lalu di sebuah rumah kongsi tidak bernombor terletak di Kampung Tanah Merah Checkpoint, Kilometer 50, Jalan Tawau-Semporna.

Motif pembunuhan daripada kes ini pula dipercayai berlaku apabila suami mangsa mengesyaki isterinya mempunyai hubungan sulit dengan lelaki lain. Si suami akhirnya mengambil keputusan untuk menetak isterinya menggunakan parang panjang selepas hilang pertimbangan bila isterinya enggan menceritakan hal sebenar. 

Selepas kejadian yang berlaku kira-kira jam 5 petang itu, mayat mangsa ditemui di ruang tamu rumah dalam keadaan berlumuran darah, manakala suspek disyaki melarikan diri selepas melakukan pembunuhan. Menurut Ketua Polis Daerah Tawau, Asisten Komisioner Peter Umbuas,  pemeriksaan awal fizikal ke atas mayat wanita berkenaan menemui satu kesan tetakan di belakang leher mangsa, dan mangsa dipercayai sedang mengandung.

Suami Didapati Positif Dadah

Suspek kemudian berjaya ditahan selepas melarikan diri sejauh tujuh kilometer dari lokasi kejadian. Hasil soal siasat, suspek merupakan seorang lelaki warganegara Filipina berusia 22 tahun dan tidak mempunyai dokumen pengenalan diri yang sah. Selain itu, ujian saringan air kencing turut mendapati suspek positif dadah jenis syabu. 

Dalam pada itu, polis turut merampas sebilah parang panjang berukuran 0.68 meter bersama sarung parang warna biru dan sehelai seluar panjang bagi membantu siasatan. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan jika suspek didapati bersalah akan membawa kepada hukuman mati mandatori.

Baca juga artikel menarik lain:

Dilaporkan Hilang Beberapa Hari, Mayat Wanita Ditemui Dengan Leher Dijerut

Kegiatan Mencuri Dirakam CCTV Dan Ditularkan, Pencuri Ini Minta Maaf Dan Kembalikan Motosikal

 

 

 

 

Sumber berita: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement