Connect with us
Kool FM

Berita

Ismail Sabri Minta Doa Rakyat Malaysia Dapat Balik Raya Tahun Ni

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.

Published

on

“Doakan kita boleh balik kampung raya Aidilfitri tahun ini,” – Menteri Kanan Keselamatan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Itulah luahan beliau apabila melihat trend penurunan kes harian COVID-19 sejak kebelakangan ini. Lebih positif lagi apabila bacaan R-Naught yang juga menurun sehingga 0.88 setakat ini.

Bagaimanapun, penilaian risiko akan dibuat dengan penuh teliti terlebih dari Kementerian Kesihatan (KKM) sama ada rakyat boleh rentas negeri untuk pulang beraya di kampung tahun ini atau pun tidak.

Ismail Sabri: 'Work from home' policy extended to all states | The Star

Sumber: thestar

“Tahun lepas saya juga kecewa apabila KKM menasihatkan kita semua tidak boleh balik ke kampung atau meraikan perayaan aidilfitri seperti tahun sebelum tapi dengan penurunan kes, jadi doakan raya tahun ini boleh balik kampung,” katanya dalam sebuah program ruang bicara.

Sementara itu, Ismail Sabri berkata mulai malam ini tiada lagi sekatan Jalan Raya (SJR) di sempadan daerah kerana pergerakan rentas daerah telah dibenarkan manakala SJR di sempadan negeri dikekalkan.

98 SJR seluruh negara periksa kenderaan rentas negeri

Sumber: BH

Dalam pada masa juga beliau turut mengulas tentang taman-taman rekreasi awam di sesetengah negeri yang masih ditutup walaupun kerajaan telah membenarkan aktiviti beriadah.

“Kita telah benarkan beroperasi kerana taman-taman ini merupakan tempat terbuka dan kurang berisiko berbanding tempat tertutup jadi, sepatutnya tidak menimbulkan sebarang isu,” jelasnya.

Semenjak kehadiran vaksin, SOP mula dilonggarkan. Kita sebagai rakyat, harus beringat kerana vaksin fasa ketiga maish belum dilancarkan jadi harus sentiasa berhati-hati.

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Tindakan Yang Tidak Munasabah” – Ismail Sabri Harap Pengurusan Kondo Tarik Balik Kompaun

[VIDEO] Viral Lelaki Balik Kampung Ala Filem Hindustan, ‘Behind The Scene’ Paling Lawak!

Sumber: bernama

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement