Berita
Intipati Dan Senarai Pakej Bantuan PERMAI Yang Diumumkan Perdana Menteri
Boleh manfaatkan bantuan yang diterima nanti…
Mungkin ramai yang boleh menarik nafas lega dengan pengumuman melalui perutusan khas yang dibuat semalam oleh Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin tentang Pakej Bantuan Perlindungan Ekonomi dan Rakyat Malaysia (PERMAI) bernilai RM15 bilion. Menerusi penjelasan lanjut, sebanyak 22 inisiatif akan dilaksanakan di bawah PERMAI, berteraskan tiga matlamat utama iaitu memerangi pandemik Covid-19, memelihara kebajikan rakyat dan menyokong kelangsungan perniagaan.
Selain itu, PERMAI juga dikatakan menambah baik inisiatif sedia ada yang masih berterusan dan juga mempercepat pelaksanaan inisiatif yang berkaitan. Kalau ada yang terlepas dengan pengumuman Perdana Menteri semalam, jom tengok ringkasan apa yang bakal diperoleh oleh rakyat Malaysia.
Pemberian sekaligus RM500 kepada semua petugas barisan hadapan kesihatan, RM300 kepada petugas barisan hadapan lain mula dibayar pada suku tahun pertama tahun ini.

Image via:https://www.hmetro.com.my/
Kerajaan tambah lebih 3,500 petugas kesihatan yang akan bertugas hujung Januari, dengan peruntukan tambahan RM150 juta.

Image via:http://www.pnbbcportal.com/
Moratorium, termasuk lanjutan moratorium, dan pengurangan ansuran pinjaman akan ditawarkan oleh bank- bank, seperti yang diumumkan sebelum ini.

Image via:https://ringgitplus.com/
JKM akan laksana Program Bakul Makanan bernilai RM100 ringgit bagi setiap isi rumah yang layak.

Image via:https://www.themalaysiaonline.com.my/
Pelepasan cukai khas sehingga RM2,500 bagi pembelian telefon bimbit, komputer dan tablet dilanjutkan sehingga 31 Dis 2021.

Image via:https://www.nomadicmatt.com/
Bayaran fasa terakhir BPN 2.0 akan dipercepatkan iaitu mulai 21 Jan.

Image via:https://niagakini.my/
Pemberian percuma data 1 Gigabit kepada orang ramai termasuk bagi tujuan pendidikan mulai awal bulan ini hingga April.

Image via:https://bm.soyacincau.com/
Mereka terjejas boleh memohon moratorium bayaran balik pinjaman PTPTN selama tiga bulan sehingga 31 Mac.

Image via:https://www.hmetro.com.my/
Program Subsidi Upah 3.0 di bawah PERKESO akan ditambah baik, semua majikan yang beroperasi semasa PKP layak untuk memohon tanpa mengambil kira sektor.

Image via:https://www.nst.com.my/
Majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000. Had 200 pekerja bagi setiap permohonan ditingkat kepada 500 pekerja, dianggar memanfaatkan 250 ribu majikan
Bantuan sekaligus RM500 kepada 14 ribu pemandu pelancong, 118 ribu pemandu teksi serta pemandu bas sekolah, bas persiaran, kereta sewa dan e-hailing.

Image via:https://www.bharian.com.my/
Bayaran pendahuluan KWSP sehingga RM1,000 ringgit bagi permohonan kemudahan i-Sinar Kategori 2.

Image via:https://www.thesundaily.my/
Bayaran didahulukan terutamanya bagi mereka yang menghadapi pelbagai cabaran akibat PKP serta bencana banjir. Selain itu, setakat 13 Januari, lebih 3 juta permohonan i-Sinar telah diluluskan dengan jumlah RM24 bilion akan disalurkan pada tahun ini.
Program Subsidi Upah 3.0 melibatkan peruntukan tambahan sebanyak RM1 bilion dijangka dapat memanfaatkan 250 ribu majikan yang menggaji lebih daripada 2.6 juta pekerja.

Image via:https://www.melakahariini.my/
Untuk tempoh satu bulan, majikan yang layak akan menerima subsidi upah berjumlah RM600 bagi setiap pekerja mereka yang bergaji kurang dari RM4,000, had pekerja 500.
Kerajaan sedia peruntukan awal RM200 juta bantu ringankan beban rakyat terjejas akibat banjir.

Image via:https://www.hmetro.com.my/
RM50 juta disalur kepada NADMA bagi perbelanjaan operasi bencana semasa tempoh Monsun Timur Laut.

Image via:https://www.hmetro.com.my/
Enam sektor perniagaan bakal menerima diskaun khas bil elektrik sebanyak 10 peratus bagi tempoh Januari hingga Mac depan .

Image via:https://www.bharian.com.my/
Diskaun khas bil elektrik 10% bagi Jan hingga Mac 2021 kepada 6 sektor perniagaan. Ia meliputi pengendali hotel, taman tema, pusat konvensyen, pusat beli-belah, pejabat syarikat penerbangan tempatan & agensi pelancongan. Rebat elektrik kepada semua pengguna TNB, pada kadar 2 sen setiap kWh, bagi tempoh 6 bulan mulai 1 Jan hingga 30 Jun 2021.
#kitajagakita #covid19 #dudukrumah pic.twitter.com/opc7FdTmIG
— Harian Metro (@hmetromy) January 18, 2021
Itulah antara bantuan yang diumumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin semalam. Semoga bantuan PERMAI ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan sedikit sebanyak membantu ekonomi setiap rakyat untuk kelangsungan hidup.
Baca juga artikel menarik lain:
Pakej bantuan baharu diumum petang ini
Senarai Bantuan Awal Kerajaan Bagi Januari 2021 Untuk B40, M40, Pelajar IPT & Warga Emas