Connect with us
Kool FM

Berita

Instafamous Berkebaya Merah Pamer Aksi Cekap Tunggang RX-Z Disaman JPJ

Gadis pamer aksi tunggang RX-Z disaman JPJ selepas tular videonya…

Published

on

Zaman sekarang ni kalau boleh semua nak rakam dan dimuat naik ke laman media sosial. Tidak kira sama ada perbuatan itu mengundang bahaya ataupun tidak, semuanya demi kandungan di media sosial dan meraih perhatian ramai. Namun, selari dengan arus permodenan, badan penguatkuasa juga bijak membuat pemantauan serta mengumpul bukti di media sosial, seterusnya mengambil tindakan sekiranya didapati bersalah. 

Terbaharu, tular satu rakaman video memaparkan aksi Instafamous menunggang RX-Z yang secara tak langsung menunjukkan dia melanggar peraturan jalan raya. Video berdurasi 15 saat itu memaparkan gadis berkenaan yang berpakaian baju kebaya merah mempamerkan kecekapannya menunggang RX-Z di Kampung Bukit Merah, Padang Pulut, Dungun, Terengganu.

“Sekarang ramai rakam video menaiki kenderaan sebagai kandungan di media sosial. Tapi kalau langgar undang-undang, ia jadi bukti kepada kami untuk ambil tindakan,” kata Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Terengganu, Zulkarnain Yasin.

Jadi dengan bukti yang ada, pihak JPJ telah pun mengeluarkan saman terhadap gadis tersebut. Menurut Zulkarnain, dua denda yang dikeluarkan JPJ merangkumi kesalahan tidak memakai topi keledar dan nombor pendaftaran tidak mengikut spesifikasi. Jumlah denda yang dikenakan pula adalah sebanyak RM370. Tambah beliau lagi, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 14 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang jika sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang daripada RM300 dan tidak melebihi RM3,000.

~~>haru biru bila mokepah kena saman Abg J dalam media sosial kes nya upload video&gambar tak pakai helmet&no plate…

Posted by Mokepah Mokepah on Tuesday, March 16, 2021

Menurut Zulkarnain lagi, JPJ tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang melanggar peraturan jalan raya. Pihak JPJ juga mempunyai kaedah tersendiri untuk memantau kesalahan dilakukan pengguna jalan raya di media sosial. 

Sementara itu, gadis yang menerima saman itu juga telah mengakui kesalahannya dan kes tersebut bakal dibawa ke Mahkamah Majistret Dungu. Mungkin ini boleh dijadikan sebagai peringatan buat wargamaya di luar sana untuk tidak melakukan sesuatu perkara semata-mata untuk meraih tontonan atau likes di media sosial. 

Baca juga artikel menarik lain:

[VIDEO] “Berterabur Step” – Adira Berseloroh Buat TikToK Dengan ‘Adik’, Gaya Anak Menari Jadi Tumpuan

“Buat Pertama Kali Di Malaysia” – Ramai Teruja ‘Jejak Rasul’ Kali Ini Papar Kisah Tanah Air Tercinta

 

 

 

 

Sumber berita: Harian Metro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement