Berita
“Ini Baru Betul Kita Panggil Pengantin COVID..” Pasangan Berkahwin di Pusat Rawatan Covid-19
Selamat pengantin baru!
Kebanyakan negeri di Malaysia sudah dibenarkan untuk rentas daerah dan ia merupakan satu berita baik buat bakal pasangan pengantin untuk mengumpulkan semula ahli keluarga yang sudah lama tidak berjumpa. Ramai bakal pengantin pening kepala uruskan proses perkahwinan mereka sepanjang pandemik Covid-19 melanda. Ada yang terpaksa menunda ke satu tarikh ke satu tarikh, ada yang terpaksa kahwin sambil dilihat keluarga melalui panggilan video dan ada juga yang berkahwin tanpa keluarga di sisi.
Namun, satu pasangan pengantin di Shahbad, India telah berjaya menarik minat ramai orang apabila mereka melangsungkan perkahwinan dengan memakai peralatan perlindungan diri (PPE) di salah satu pusat rawatan Covid-19 di sana. Wow, kreatif! Tak perlu tunda dan jimat duit sebab tidak perlu beli baju pengantin.
#WATCH Rajasthan: A couple gets married at Kelwara Covid Centre in Bara, Shahbad wearing PPE kits as bride’s #COVID19 report came positive on the wedding day.
The marriage ceremony was conducted following the govt’s Covid protocols. pic.twitter.com/6cSPrJzWjR
— ANI (@ANI) December 6, 2020
Upacara perkahwinan mereka diadakan di tempat tersebut berikutan pengantin perempuan telah disahkan positif Covid-19 pada hari perkahwinan mereka. Satu video telah dikongsi, menunjukkan pasangan tersebut memakai PPE sambil melafaskan ikrar perkahwinan.
Pengantin lelaki turut meneruskan tradisi masyarakat mereka dengan memakai serban di atas PPE bersama sarung tangan manakala pengantin perempuan pula mengenakan pelindungan muka dan sarung tangan. Upacara perkahwinan tersebut turut di hadiri beberapa tetamu yang juga memakai PPE.
Pelbagai langkah perlu diambil sekiranya anda mahu melangsungkan perkahwinan semasa pandemik ini masih belum berakhir. Walaupun sudah menjadi tradisi masyarakat kita untuk salam bersalaman ketika berjumpa yang lebih berusia, namun untuk menjaga keselamatan masing-masing perlulah mengikut SOP yang telah ditetapkan.
Baca juga:
Bakal Pengantin Tidak Perlu Kursus Pra Perkahwinan
Penangan PKPB, Majlis Nikah Kawasan Klang Ditangguh!
Sumber: Mstar