Berita
Ingatkan Orang Gila Datang Badan Penuh Lumpur Tapi Rupanya….
Ketika ditemui, pemuda tersebut meminta untuk meminta air masak kerana haus dan meminta baju sejuk kerana badannya terasa amat sejuk.
Pengsan atau syncope adalah keadaan seseorang hilang kesedaran disebabkan pengurangan bekalan darah beroksigen ke otak. Simptom-simptomnya termasuklah tidak sedarkan diri, pucat dan denyutan nadi yang perlahan.
Begitulah yang terjadi pada seorang pemuda badannya dipenuhi dengan lumpur datang meminta tolong sehinggakan orang awam yang menjumpainya mengingatkan dirinya adalah orang gila.
Menurut pengguna facebook yang menggunakan nama samaran Azizi Azizan menceritakan secara ringkas kejadian tersebut. Menurutnya, kejadian tersebut berlaku di kawasan Subang Airport di mana seorang lelaki datang meminta tolong kerana dikatakan kemalangan dengan badannya dipenuhi dengan lumpur.
“Dia kata macam tiga hari pengsan tapi bila telefon ibunya untuk pengesahan rupanya baru semalam dia keluar rumah. Maknanya dia dah pengsan seharian di tempat kejadian,” tulisnya.
Lihatlah keadaan kereta yang termasuk dalam longkang parit. Memang dia terpaksa keluar sendiri dari kereta untuk meminta bantuan.
Malah, ketika ditemui, pemuda tersebut meminta untuk membersihkan dirinya, meminta air masak kerana haus dan meminta baju sejuk kerana badannya terasa amat sejuk.
Nasib baik tak ada apa yang terjadi. Semoga selepas ini semua pemandu memandu dengan lebih berhemah.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Pemandu lori maut kemalangan di Lebuh Raya Persekutuan
Penyerang UAE Disahkan Meninggal Dunia Akibat Kemalangan
Sumber: facebook