Connect with us
Kool FM

Berita

Ibu Penagih & Dera Anak 7 Bulan

Bagaimanapun, apabila ditanya pada isterinya punca lebam berkenaan, dia hanya menjawab anaknya terjatuh daripada buaian.

Published

on

Melihat pada data sejak Mac tahun lalu sehingga kini, berlaku peningkatan kes penderaan kanak-kanak melibatkan ibu bapa sepanjang PKP. Ini membuktikan tahap mental masyarakat semakin terganggu.

Menurut Ketua Wanita UMNO, Datuk Seri Dr Noraini Ahmad berkata, berdasarkan statistik Polis Diraja Malaysia (PDRM) kes tersebut mencatatkan peningkatan sehingga 20 peratus.

Lihatlah berita tular baru-baru ini apabila seorang wanita yang merupakan seorang ibu ditahan polis selepas dipercayai mendera dan memukul bayi lelakinya berusia tujuh bulan hingga menyebabkan lebam pada badan serta mata bayi itu di sebuah pangsapuri di Butterworth.

LEBAM yang terdapat pada badan bayi lelaki yang dipercayai didera ibu kandungnya di sebuah pangsapuri dekat Butterworth. FOTO IHSAN PDRM

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara Asisten Komisioner Noorzainy Mohd Noor berkata, pihaknya menerima laporan daripada bapa bayi itu yang berusia 28 tahun memaklumkan anaknya mungkin dipukul dan didera namun tidak mengetahui siapa pelakunya.

“Menurut lelaki yang bekerja sebagai mekanik itu, isterinya yang sudah tidak tinggal bersamanya menghantar anak mereka kepadanya di rumahnya di Kuala Bekah di sini, jam 4.30 petang kelmarin.

Selepas itu, lelaki terbabit meminta kakak iparnya untuk memandikan anaknya. Kakak iparnya kemudiannya memaklumkan terdapat kesan lebam pada bahagian badan serta mata bayi berkenaan dan terus membawa anaknya ke Hospital Seberang Jaya (HSJ) untuk pemeriksaan.

Pegawai perubatan mengesahkan terdapat kesan lebam di dahi, muka dan perut sebelah kiri selain pendarahan di mata kanan,” katanya pada kenyataan hari ini.

Bagaimanapun, apabila ditanya pada isterinya punca lebam berkenaan, dia hanya menjawab anaknya terjatuh daripada buaian.

Kini, pihak berkuasa menahan ibu bayi berkenaan yang berusia 25 tahun untuk siasatan kerana keterangan yang diberikan suspek meragukan.

Apabila lakukan ujian saringan air kencing terhadap suspek mendapati dia positif dadah selain memiliki tiga rekod lampau berkaitan dadah.

Kes disiasat mengikut Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak-Kanak 2001.

 

 

 

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

4 Perkara Untuk Elak Diri Dari Dibuli!

“Pampers Penuh Darah” – Ibu Kongsi Pengalaman Ngeri Anak Digigit Lintah Ketika Mandi Sungai

Sumber: harianmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement