Connect with us
Kool FM

Berita

Ibu Cuai Biarkan 2 Anak Kecil Dalam Kereta Enjin Tidak Dimatikan, Rempuh Sebuah…

Kus semangat! Cuai sungguh maknya pun..

Published

on

Orang kata malang tidak berbau, tapi kecuaian itu selalu datang daripada kelalaian diri sendiri.

Menjadi ibu atau bapa sememangnya bukan mudah, lebih-lebih lagi jika anda terpaksa menjaga anak berseorangan diri tanpa kehadiran pasangan. Jika seorang anak mampu membuatkan  anda pening kepala, mempunyai lebih daripada itu sudah pasti lebih mencabar.

Agak mengejutkan ramai apabila kejadian menggemparkan ramai baru-baru ini di mana dua beradik berusia dua dan lima tahun berada di dalam kereta dengan enjin kereta masih hidup tanpa orang dewasa di dalamnya, merempuh pintu kaca sebuah bank di Jalan Haji AH Tengah di Sipitang baru-baru ini.

Dalam kejadian jam 8.45 pagi itu, terdapat beberapa pelanggan sedang berurusan di bank berkenaan namun mereka tidak mengalami sebarang kecederaan.

Foto: Hmetro (Kereta yang merempuh bank tersebut)

Ketua Polis Daerah Sipitang Deputi Superintendan Champin Piuh berkata, siasatan awal mendapati pemandu kereta Proton Saga itu meletakkan kenderaannya di kawasan parkir di hadapan bangunan bank berkenaan.

Katanya, wanita berusia 29 tahun itu kemudian keluar dari kereta dan beratur di mesin pengeluaran wang automatik (ATM) dengan meninggalkan anak lelaki dan perempuannya berusia dua dan lima tahun dalam keadaan enjin kenderaan masih hidup.

Lupa tukar gear!

Ketika wanita itu sedang beratur di luar ATM, tiba-tiba orang awam menjerit dan wanita itu mendapati kereta yang ditinggalkannya bergerak dan melanggar pintu kaca bank berkenaan. Akibat rempuhan itu, pintu kaca bank mengalami kerosakan namun tiada kemalangan jiwa dilaporkan. Menurutnya pihak berkuasa, dua anak wanita terbabit tidak mengalami kecederaan.

Kecuaian disebabkan oleh pemandu wanita itu yang keluar dari keretanya dengan enjin masih hidup atau gear terletak di posisi D.Menurutnya, kes disiasat mengikut Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1958 (Rule 10 LN 166/59) iaitu gagal mengawal kenderaan ketika memandu sehingga menyebabkan kemalangan.

Mungkin si ibu tidak mempunyai pilihan lain dan terpaksa meninggalkan anak kecil di dalam kereta, namun kecuaiannya boleh dielakkan jika dirinya lebih berhati-hati. Hari ini si ibu masih boleh menarik nafas lega, namun kejadian ini wajar dijadikan pengajaran buat semua kerana ianya mampu mengancam nyawa.

 

Baca juga:

Ekstrem! Nenek 102 Tahun Buat Terjunan Setinggi Lebih 3 Ribu Meter

Anak Terperangkap Di Dalam Kereta Dibiarkan Mati, Hanya Kerana Sayang Cermin Tingkap Baru!

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: Hmetro

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement