Connect with us
Kool FM

Semasa

Hukuman Bagi Individu Buang Sampah Dari Kenderaan

Boleh didenda tidak melebihi RM4,000.

Published

on

Minggu lalu, kecoh dengan penularan sebuah video yang menunjukkan seorang makcik bertudung labuh membuang sampah ke dalam sungai dari kenderaan di sebuah jambatan tanpa menunjukkan rasa bersalah.

Perkara itu menimbulkan rasa amarah dan kecewa dalam kalangan warganet kerana mencemarkan serta tidak menghormati alam sekitar.

Malangnya, kini terdapat sebuah lagi video yang menunjukkan pembonceng motosikal pula membuang sampah di sebuah jambatan.

Tidak tahu bagaimana untuk ‘menyekolahkan’ orang ramai tapi apa penulis ingin ketengahkan di sini adalah tabiat membuang sampah dari kenderaan bermotor mempunyai hukuman dan denda.

Jadi, individu tersebut boleh boleh didakwa di bawah Kaedah 52 Kaedah-Kaedah Lalu-Lintas Jalan 1959.

Jika disabitkan kesalahan, hukuman boleh dikenakan mengikut Seksyen 119(2) Akta Pengangkutan Jalan 1987 yang membawa denda tidak melebihi RM2,000 atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi enam bulan.

Manakala sabitan kesalahan kedua boleh didenda tidak melebihi RM4,000 atau dipenjara tidak melebihi dua bulan penjara atau kedua-duanya sekali.

Jadi sebelum buang sampah, fikir dulu okay?

 

 

 

“Main Campak Je!” – Sampah Yang Dibuang Makcik Ini Dikatakan Saka?

Jumpa Barang RM2.17 Juta Dalam Plastik Sampah!

 

 

Sumber: facebook

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement