Connect with us
Kool FM

Berita

Hujung Minggu Ini Golongan OKU Boleh Naik Tren Secara Percuma!

Sempena sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia.

Published

on

Setiap tahun 3 Disember telah diiktiraf sebagai sambutan Hari Orang Kurang Upaya (OKU) sedunia.

Bersempena sambutan ini, Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) memberikan golongan OKU perkhidmatan tren secara percuma selama dua hari iaitu Sabtu dan Ahad pada minggu ini.

Dalam satu kenyataan hari ini, Prasarana memaklumkan tawaran itu diberikan kepada seluruh rakyat Malaysia yang memiliki kad rasmi OKU dikeluarkan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Sumber: myrapid

Malah, tambang percuma untuk menggunakan perkhidmatan rel Rapid KL ini akan turut diberi kepada seorang pembantu OKU terbabit.

Perkhidmatan tren percuma ini membabitkan semua rel kendalian Rapid KL meliputi Transit Aliran Ringan (LRT) laluan Ampang/Sri Petaling dan Kelana Jaya, Monorel serta Transit Aliran Massa (MRT) laluan Kajang.

 

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Anggota Polis Bantu Orang OKU Buat Laporan Polis Dapat Pujian

Lima tahun bantu rakan OKU

 

Sumber: BH

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement