Connect with us
Kool FM

Berita

Hari Ini 401,105 Pelajar Duduki SPM

Bagaimanapun, kumpulan pelajar Tingkatan Lima termasuk pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) itu menjadi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan SPM subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 bermula pukul 8 pagi dan 2 petang dalam pembudayaan norma baharu

Published

on

Walaupun suasana negara masih lagi berdepan dengan pandemik COVID-19, perkara penting perlu dilangsungkan juga.  Hari ini seramai  401,105 pelajar di seluruh negara tetap  menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2020 sehingga 25 Mac.

Selain dari sejarah 2021 vaksin tiba, kini pelajar SPM 2020 memecah rekod kerana bukan saja berbekalkan pen dan ilmu tapi turut membawa ‘perisai’ tambahan, pelitup muka bagi mengekang penularan wabak berjangkit tersebut.

Bagi menjamin keselamatan calon sepanjang peperiksaan, penyediaan 3,310 pusat peperiksaan SPM di seluruh negara dilaksanakan mengikut garis panduan dan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN) serta Kementerian Kesihatan (KKM), termasuklah proses disinfeksi dewan peperiksaan.

Image result for spm covid

Selain itu, calon yang didapati positif COVID-19 atau calon yang diarahkan menjalani kuarantin kerana menjadi kontak rapat tidak dibenarkan menduduki peperiksaan.

Mereka hanya boleh menduduki kertas peperiksaan yang dijadual semula selepas disahkan berada dalam keadaan sihat oleh doktor yang merawat berserta surat pengesahan doktor.

Bagaimanapun, kumpulan pelajar Tingkatan Lima termasuk pelajar Sijil Vokasional Malaysia (SVM) itu menjadi kumpulan pertama yang menduduki peperiksaan SPM subjek Bahasa Melayu Kertas 1 dan 2 bermula pukul 8 pagi dan 2 petang dalam pembudayaan norma baharu

Calon SPM pada hari ini juga adalah kumpulan pelajar yang sudah mengikuti sesi kelas SPM tahunan terpanjang iaitu hampir 14 bulan yang memaksa mereka beralih kepada pembelajaran dalam talian menerusi aplikasi seperti Google Meet, Google Classroom dan Skype gara-gara penularan pandemik Covid-19.

Semoga adik-adik SPM 2020 menduduki ujian dengan tenang dan tidak ada perkara memudaratkan yang berlaku.

 

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

“Alamak, Exam SPM Dah Dekat!” – Ini 7 Strategi Akhir Untuk Anda Skor A Dengan Cemerlang

“Termenung Tengok Dinding, Mudah Hilang Fokus”- 5 Perkara Budak SPM Musim PKP Je Yang Faham

 

 

 

 

Sumber: harianmetro

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement