Connect with us
Kool FM

Berita

Hampir Sedekad Diburu, Raja Dadah Asia ‘El Chapo’ Akhirnya Tumpas

Lama betul jalankan operasi pengedaran dadah secara luas di Asia…

Published

on

Menurut laporan terbaharu dipetik dari Kosmo, ketua sindiket jenayah terbesar Asia yang juga antara orang paling dikehendaki di dunia diberkas di Belanda, manakala pihak berkuasa Australia kelmarin mendesak dia diekstradisi untuk dihadapkan ke muka pengadilan. Jadi siapakah ketua penjenayah dari Asia ni?

Seorang drug cartel yang diberi jolokan sebagai El Chapo Asia merupakan seorang lelaki yang sangat diburu oleh pihak berkuasa kerana penglibatannya dalam sindiket dadah secara besar-besaran. Tse Chi Lop, lelaki berkewarganegaraan Kanada ini dikatakan mengetuai sindiket pengedaran dadah antarabangsa yang terbentuk daripada gabungan kumpulan-kumpulan gangster di rantau Asia. Cara dia menjalankan sindiket pengedaran dadah diakui sebagai satu rangkaian yang rumit dan tersusun oleh pihak berkuasa antarabangsa. Bukan biasa-biasa El Chapo Asia ni.

Awal Kehidupan El Chapo Asia

Tse Chi Lop yang lahir pada tahun 1963 di China dikatakan telah berjinak dengan kumpulan jenayah bernama Big Circle Gang sebelum dia berpindah ke Kanada pada tahun 1988 dan menjadi warganegara di situ. Kegiatan jenayahnya tetap diteruskan di Kanada di mana dia akan bergerak antara Amerika Utara, Hong Kong, Macau dan Asia Tenggara.

Namun pada tahun 1998, Chi Lop di tangkap dan didakwa di mahkamah daerah timur New York dan didapati bersalah kerana berkomplot mengimport heroin masuk ke Amerika. Pada waktu itu dia berkemungkinan akan dikenakan hukuman gantung sampai mati.

Pada tahun 2000, peguamnya menfailkan rayuan untuk meringankan hukumannya dengan alasan dia terpaksa menjaga kedua ibu bapanya dan juga anak lelakinya yang mempunyai masalah paru-paru. Dia juga menyatakan yang dia kesal dengan segala jenayah yang dilakukan. Hukumannya diringankan kepada 9 tahun penjara. Namun selepas dibebaskan pada tahun 2006, dia dikatakan menyambung kegiatan jenayahnya beberapa tahun selepas itu. Dia menubuhkan sebuah syarikat pada tahun 2011 dengan nama China Peace Investment Group Company Ltd di Hong Kong.

Melalui syarikat ini dia kembali membuat connection dengan kumpulan penjenayah yang lain. Module business Chi Lop kali ini betul-betul menarik perhatian kumpulan penjenayah yang lain. Menurut laporan, sekiranya dadah yang diseludup ditangkap oleh pihak berkuasa, Chi Lop akan mengantikannya tanpa mengenakan sebarang bayaran. Mungkin sebab ini jugalah sidiket dadahnya berjaya menarik perhatian kumpulan penjenayah yang lain dan menjadikan dia sebagai supplier. Walaupun banyak ketua gangster dari kumpulan lain, mereka tetap bekerjasama secara harmoni dalam sindiket ini kerana keuntungan yang lumayan.

Penjenayah Paling Disyaki Di Asia

Pihak berkuasa percaya bahawa sindiketnya menyeludup banyak dadah jenis metamfetamin, heroin dan ketamine ke Jepun sampai ke New Zealand. Tetapi meth merupakan perniagaan utama sindiketnya. Pihak berkuasa juga menjangkakan nilai keseluruhan penyeludupan sindiket Chi Lop pada tahun 2018 mampu mencecah sehingga 17 bilion USD. Dadah-dadahnya banyak dibungkus dalam bungkusan teh.

Dengan penglibatan Chi Lop dalam pasaran penyeludupan dadah, production dadah jenis meth semakin meningkat dan mencetuskan tindak balas daripada pihak berkuasa yang belum pernah disaksikan sebelum ini. El Chapo Asia ini merupakan sasaran utama Operasi Kungur, sebuah operasi penyiasatan anti-narkotik yang agak luas. Operasi ini diketuai oleh Polis Persekutuan Australia (AFP) dan melibatkan kira-kira 20 agensi. Ia merupakan satu usaha terbesar dalam kerjasama antarabangsa bagi memerangi sindiket pengedaran dadah di Asia. Ia merangkumi pihak berkuasa dari Myanmar, China, Thailand, Jepun, Amerika Syarikat dan Kanada. Taiwan juga turut membantu siasatan walaupun tidak secara rasmi dalam operasi.

Tse Chi Lop juga digelar dengan nama ‘Sam Gor’ yang bermaksud ‘Abang ketiga’. Sidiket Sam Gor dikatakan bukan calang-calang kerana bergerak seperti sebuah syarikat sehingga pihak berkuasa Taiwan menggelar Chi Lop sebagai ‘Multinational CEO’ bagi sindiket dadah.  Ketua-ketua di dalam sindiket Sam Gor juga berasal dari negara-negara jiran seperti Hong Kong, Macau, Taiwan, Malaysia, Myanmar, Vietnam dan China. Memang boleh dilihat yang El Chapo Asia ni bercita-cita besar.

Apa yang membuatkan sindiket Sam Gor ni sangat kuat adalah kerana mereka bekerjasama dengan gangster dari negara lain juga seperti Yakuza di Jepun, Gang Bikers di Australia, dan kumpulan-kumpulan etnik Cina di Asia Tenggara. Apa yang dia buat ni lebih dasyat dari El Chapo dan Pablo Escobar sebagai drug cartel terkenal. Cuma kehidupan Chi Lop sangat tersembunyi dan menyukarkan pihak berkuasa untuk menjejakinya.

Bagaimanapun, Chi Lop sebenarnya hidup dalam keadaan serba mewah. Dia mempunyai lapan bodyguard yang mempunyai kemahiran Thai kickboxing yang mengikutnya ke mana sahaja dan juga bergerak menggunakan jet peribadi. Apa yang membuktikan dia ni sangat kaya adalah, dia gemar menyewa di hotel dan resort mewah dan juga pernah menghabiskan 66 juta US dolar dalam satu malam di kasino di Macau

Bertahun Diburu, Akhirnya Tertangkap Jua…

Tak banyak media yang melaporkan tentang sindiket ni tapi Reuters merupakan media pertama yang melaporkan tentang sindiket yang dikepalai El Chapo Asia. Dalam laporan, digambarkan operasi sindiket ini jauh lebih hebat berbanding drug cartel di Amerika Latin dan juga Pablo Escobar dan El Chapo. Tapi jejak Tse Chi Lop memang sukar dijejaki selama bertahun-tahun. Pihak polis Belanda mengesahkan bahawa Chi Lop yang berada di tempat teratas senarai orang buruan polis Eropah (Europol) telah ditangkap pagi Jumaat lalu selepas pesawat dinaikinya mendarat di lapangan terbang Schipol, Asmterdam.

Penangkapan dan pemburuan Chi Lop dikatakan berjalan hampir satu dekad selepas operasi dadah besar-besaran dilancarkan. Nampaknya tamatlah empayar dadah yang dibina oleh Tse Chi Lop dan tiada lagi El Chapo Asia.

 

 

 

Baca juga artikel menarik lain:

Bentong Kali – Penjenayah Hati Kering Dan Tak Takut Mati!

“Yang Jahat Pasti Menemui Ajal” – Pembunuh Bersiri Yang Membunuh 47 Penjenayah Lain Dalam Penjara

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement