Connect with us
Kool FM

Semasa & Hiburan

Haji Abdul Rahman Limbong Menentang British Tanpa Menggunakan Senjata Dan Kekerasan

Mungkin kata-kata beliau sangat berkarisma sehingga menaikkan semangat juang rakyat…

Published

on

Tuan Haji Abdul Rahman Limbong atau nama sebenarnya Haji Abdul Rahman bin Abdul Hamid, merupakan seorang ulama terkenal dan berpengaruh di Terengganu Darul Iman. Beliau merupakan orang yang bertanggungjawab menyebarkan idea menentang peraturan yang diperkenalkan penjajah British. Walaupun beliau bermula sebagai tokoh agama dan pendakwa, namun jasanya lebih kepada kebangkitan rakyat pada ketika itu.

Perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong ini terserlah ketika membela nasib rakyat yang didakwa membuka tanah tanpa sebarang kebenaran. Menurut beliau, tanah ini adalah milik Tuhan dan sesiapa sahaja boleh mengusahakan dan memakainya. Tanah akan dimiliki bila ianya diusahakan dan boleh dipusakai. Sekiranya tidak diwarisi tanah boleh diserah kepada ‘Baitulmal’. Jika didapati tiada pemilik tanah, barulah ia menjadi hak kerajaan.

Pihak British Memperkenalkan Cukai Tanah

Beliau sememangnya menggalakkan rakyat untuk membuka dan mengusahakan tanah. Hasil hutan banyak digunakan oleh rakyat untuk mendapatkan rotan, buluh, damar dan lain-lain. Peraturan tanah yang diperkenalkan oleh pihak British pada tahun 1921 di Terengganu telah mensyaratkan bayaran cukai sebanyak 50sen setahun.

Pengenalan undang-undang tanah ini bererti menghapuskan undang-undang adat pemilikan tanah petani yang pernah dikerjakan turun temurun. Tanah yang diusahakan itu adalah adalah hak pusaka nenek moyang mereka dahulu, jadi tidak wajar bagi mereka membayar cukai dan mendapatkan surat kebenaran untuk menggunakan tanah mereka sendiri. Dalam peraturan ini juga hasil hutan tidak dibenarkan untuk diambil.

Buat rakyat setempat ketika itu, hasil hutan dan pertanian merupakan sumber ekonomi mereka. Jadi undang-udang ini merupakan persoalan antara hidup atau mati, dan inilah juga yang menimbulkan penentangan pada pemerintahan kolonial Inggeris.

Jasa Perjuangan Menentang Penjajah

Haji Abdul Rahman Limbong merupakan individu penting yang memainkan peranan dalam kebangkitan rakyat di Terengganu. Beliau dikatakan tidak terlibat secara fizikal dalam mana-mana siri pemberontakan, namun semangat juang dan sokongan yang disuarakan olehnya telah menaikkan semangat rakyat untuk terus berjuang.

Pada saat beliau menentang pengenalan cukai tanah dan larangan untuk menebas hasil hutan, pihak British berasa cukup terancam. Tindakan beliau itu menyebabkan pihak British memberi amaran kepadanya. Pada tahun 1923 pula, Haji Abdul Rahman Limbong telah mewakili beberapa orang penduduk dari kawasan Hulu Terengganu (Telemong) untuk menghantar surat kepada Komisioner Tanah Terengganu. 

Tujuannya adalah untuk meminta pihak Komisioner mempertimbangkan semula isu pemilikan tanah rakyat dan agar isu tersebut dapat dibawa kepada pihak kerajaan. Dalam masa sama, beliau berharap surat itu dapat menjadi titik permulaan terhadap keadilan rakyat. Boleh dilihat tidak ada satu kekerasan pun yang digunakan dalam membela hak rakyat.

Ditangkap Dan Dibuang Negeri

Bagaimanapun, selepas beberapa siri penentangan dan peristiwa naik turun mahkamah, Haji Abdul Rahman Limbong akhirnya ditangkap oleh British semasa beliau berada di rumahnya di Kampung Beladau. Beliau dikenakan tuduhan terlibat dengan pemberontakan pada tahun 1928.

Setelah disoal siasat di Istana Maziah, dan diatas nasihat Dato’ Seri Amar Diraja, beliau dikenakan hukuman buang negeri ke Mekah. Bagaimanapun segala perbelanjaan dan urusan penghantarannya ke Mekah ditanggung oleh kerajaan negeri Terengganu. Haji Abdul Rahman Limbong menghembuskan nafas terakhir pada 6 November 1929 dan dikebumikan di Mekah.

Sungguhpun perjuangan yang disebarkan oleh Haji Abdul Rahman Limbong ini adalah bukan untuk menentang kuasa Sultan, tetapi menyatakan rasa kesedaran bahawa pemerintahan negeri telah dikuasai oleh penjajah Inggeris dan golongan birokrat telah menjalankan tugas tanpa pertimbangan yang adil. Pada akhirnya, ternyata perjuangan Haji Abdul Rahman Limbong telah berjaya membangkit semangat pergerakan menentang kolonial yang menyeluruh.

Baca juga artikel menarik lain:

Amira Othman Terkoyak Otot Sampai Air Kencing Bertukar Warna Gelap! Ini Bahaya Sukan Secara Berlebihan

Stockholm Syndrome’ – Sebuah Rompakan Yang Membuatkan Mangsa Berasa ‘Kasih’ Kepada Penculiknya

 

 

 

Sumber daripada: PeKhabar & The Patriots 

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement