Connect with us
Kool FM

Berita

Gurun Sahara & Arab Saudi Dituruni Salji, Dijangka Menjadi Hijau Tidak Lama Lagi..

Gurun Sahara dijangka kembali hijau..

Published

on

Tiada siapa menyangka kawasan yang terkenal dengan cuaca panas sehingga 40 darjah Celsius kini dilanda salji. Gurun Sahara dikatakan padang pasir ketiga terbesar di dunia selepas Antartika. Dengar kata gelombang haba di padang pasirnya sahaja boleh membuatkan sesiapa sahaja sesak nafas hanya dalam beberapa saat.

Disebabkan iklimnya tersangat panas, beberapa spesis haiwan mengalami evolusi dalam tempoh tertentu.

Laporan sebuah portal berita mengatakan pada bulan ini sahaja, suhu di Wilayah Asir, Arab Saudi jatuh kepada -2 darjah Celsius dan dituruni sajli.

Suhu di bandar raya Riyadh, Arab Saudi adalah 14 darjah Celsius manakala Jeddah 21 darjah Celsius dan wilayah Tabuk di barat laut negara itu pula adalah pada tujuh darjah Celsius sekitar awal pagi Isnin. Menurut portal watchernews.com salji dilaporkan melanda wilayah Asir bersempadan dengan Yaman pada 10 Januari lalu.

Seorang jurugambar, Karin Bouchetta merakamkan gambar salji di bandar kecil di kawasan pergunungan Atlas, Sahara dekat sempadan Maghribi iaitu Ain Sefra yang menunjukkan beberapa ekor unta diliputi salji pada Rabu lalu ketika suhu berada pada – 3 darjah Celsius.

Gurun Sahara dijangka kembali hijau

Menurut MailOnline, gurun Sahara yang amat panas dijangka akan kembali hijau dalam tempoh kira-kira 15,000 tahun lagi dan ia kini mengalami perubahan cuaca sejak lebih ratusan ribu tahun lalu. Pada tahun 2018, bandar Ain Sefra yang berada 1,000 meter dari paras laut itu diliputi salji sejak tahun 2018 dan 2017 dengan kali terakhir fenomena itu berlaku pada tahun 1980.

Suhu di bandar itu kebiasaannya ialah 12 darjah Celsius pada bulan Januari dan hampir 40 darjah Celsius pada bulan Julai.

Ā 

 

Baca juga:

Sebuah Kampung Timbul Semula Selepas 30 TahunĀ  Padang Pasir

Saluran Pernafasan Pecah Sebab Tahan Bersin? Doktor Pesan Janganā€¦

 

 

 

 

 

Sumber: iluminasi, Sinar Harian

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement