Connect with us
Kool FM

Berita

Gigih! Ibu Sorok Anak Tiri Dalam But Kereta Untuk Rentas Daerah

Kejadian itu tular di media sosial hari ini selepas beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki sedang berbaring di dalam but sebuah kereta dimuat naik di laman sosial.

Published

on

Status terkini Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) masih dilaksanakan di beberapa negeri iaitu di WP Kuala Lumpur, Selangor, Johor dan Pulau Pinang sehingga 4 Mac 2021. Justeru itu, negeri lain pula ditukarkan status kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB). Satu tindakan luar jangkaan oleh seorang ibu yang telah menyembunyikan anak tirinya dalam but kereta untuk rentas daerah gagal selepas kantoi dengan pihak polis semalam.

Alasannya kerana mahu ke sebuah pasaraya di Seberang Jaya terbantut apabila pihak polis melakukan pemeriksaan terhadap kenderaannya dalam sekatan jalan raya (SJR) di Kilometer 2.4 Lebuh Raya Butterworth-Kulim (BKE). Kejadian mula dihidu selepas wanita berusia 35 tahun itu kelihatan mencurigakan ketika memandu kereta jenis Proton Waja melalui SJR.

Menurut laporan, Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah ACP Shafee Abd Samad berkata, semasa pemeriksaan pihaknya dapati ada seorang remaja lelaki di tempat duduk penumpang hadapan dan pemandu memaklumkan mereka yang tinggal di daerah Seberang Perai Utara mahu ke sebuah pasaraya di Seberang Jaya untuk membeli pakaian.

Tambah laporan, pihak polis telah meminta wanita yang kelihatan mencurigakan itu memandu keretanya ke bahu jalan sebelum pihak polis dapati terdapat seorang lagi remaja lelaki berusia 14 tahun sedang menyorok di dalam but keretanya semasa pemeriksaan lanjut dijalankan.

Wanita itu bagaimanapun telah memberi alasan terpaksa menyorokkan anak tirinya kerana mahu ke pasar raya tersebut dan bimbang ditahan polis jika menaiki kereta lebih daripada dua orang kerana tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan ketika PKP sedang dilaksanakan.

Kemudian, wanita tersebut telah dikenakan kompaun RM1,000 kerana gagal mengemukakan permit pergerakan dan kenderaan tersebut turut diarah berpatah balik manakala pihak polis hanya memberi nasihat kepada dua remaja lelaki kerana masih di bawah umur.

Difahamkan, remaja yang berada ditempat duduk hadapan adalah rakan kepada anak tiri pemandu kereta itu dan berusia 14 tahun. Kejadian tersebut mula tular di media sosial selepas beberapa keping gambar memaparkan seorang lelaki sedang berbaring di dalam but sebuah kereta dimuat naik di laman sosial.

Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:

Jangan salah guna surat kebenaran rentas daerah, negeri

Penuntut Nigeria ditahan kerana rentas daerah, positif dadah

 

 

 

 

Sumber: Kosmo

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement