Connect with us
On Air Di Kool

Berita

Ekstrem! ‘Nenek’ 102 Tahun Buat Terjunan Setinggi Lebih 3 Ribu Meter

Dia telah membuktikan, individu berusianya juga boleh membuat terjun udara.

Published

on

Angan-angan boleh jadi kenyataan jika kita benar-benar berusaha mengejarnya. Itulah yang dilakukan oleh seorang wanita dari Maryland, Amerika Syarikat (AS) melaksanakan impiannya melakukan terjun udara (skydive) pada usianya lebih seabad.

Portal ABC7 melaporkan, Vivian Millie Bailey melakukan terjunan itu sempena ulang tahun kelahirannya ke-102 tahun dan berasa sangat teruja walaupun pada awalnya dia rasa gementar sebelum melakukan terjunan tersebut.

“Takut juga pada mulanya kerana rasa seperti mahu terhempas ke tanah tapi perasaan itu cuma seketika. Apa-apa pun, ia sangat menakjubkan dan benar-benar mengerikan!”

Menurut Millie lagi, dia menjadi terinspirasi untuk melakukan aktiviti itu selepas melihat bekas presiden AS, George H W Bush melakukan sukan ekstrem itu ketika lelaki terbabit berusia 90 tahun.

Namun, wanita itu hanya memendam hasratnya kerana tidak mampu membayar kos tinggi untuk terjunan iaitu RM1,244. Kini, dia telah membuktikan, individu berusianya juga boleh membuat terjun udara.

Terjunan udara yang dilakukan setinggi lebih 3000 meter dari paras laut itu tidak dilakukan secara solo tapi ada individu yang lebih arif menemaninya dari belakang.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Sumber: upi , harianmetro ,

Click to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

Advertisement

Instagram

Advertisement

Facebook

Advertisement

Recommended Post

Advertisement