Berita
Disebabkan Kecuaian Kereta Lain, Habis Tumpah Hasil Jualan
Apa yang berlaku pasti ada hikmah.
Malang tidak berbau, itulah yang dihadapi oleh peniaga ini apabila sebuah kereta berhenti secara tiba-tiba di tengah jalan sehingga menyebabkan peniaga tersebut terpaksa menggunakan brek kecemasan.
Rentetan itu, kesemua kuih, lauk-pauk dan sambal tertumpah di bahagian belakang penumpang.
Kejadian tersebut berlaku kira-kira jam 10 pagi semalam dan sumber menyatakan, kereta tersebut bernombor plat *** 6570 serta meminta untuk berhubung dengan peniaga.
Lihatlah beberapa keping gambar yang berjaya diambil. Pasti banyak kerugian yang terpaksa di tanggung.
Bagaimanapun, terdapat warganet menyuarakan pendapat mereka tentang tindakan yang sepatutnya peniaga lakukan ketika membawa barang jualan ke tapak perniagaan.
Menurutnya, peniaga tersebut meletakkan makanan di dalam bungkusan plastik kedap udara untuk mengurangkan risiko kerosakan makanan berlaku. Paling tidak sediakan bakul dan susun rapat-rapat.
Dalam pada masa sama, dia turut meluahkan rasa simpatinya walaupun dia merasakan peniaga tersebut di pihak yang salah.
Apa yang berlaku pasti ada hikmah tapi selagi boleh elak musibah yang berlaku,berusahalah untuk elak dari terjadi.
Untuk bacaan lebih menarik, klik saja senarai artikel berikut:
Fungsi² Pada Kereta Yang Selalu Nampak Tapi Tak Ramai Tahu Guna
Bakal Bersara Tidak Lama Lagi, ‘Detektif Lingam’ Kini Buka Perniagaan Dapur Gerak Khas
Sumber: facebook